Connect with us

Oh! Media

Cecair Keluar Dari Kemaluan, Adakah Perlu Mandi Wajib

Umum

Cecair Keluar Dari Kemaluan, Adakah Perlu Mandi Wajib

SOALAN

Ohmedia dapat rasakan antara kita pernah mengalami situasi di mana terdapat cecair keluar dari kemaluan. Walaubagaimanapun, tidak pasti sama ada ia air mani atau air mazi. Jadi, adakah kita perlu untuk mandi wajib? 

JAWAPAN 

Air mani dapat dikenali dengan sifatnya yang berwarna keruh manakala air mazi pula jerneh dan air mani itu sifatnya kasat manakala air mazi itu sifatnya licin.

ADVERTISEMENT

Berdasarkan sifat-sifat ini boleh dikenali adakah ia mani atau mazi.

Jika mani maka wajib mandi hadas dan jika mazi maka wajib dibasuh dan berwuduk jika hendak solat.

Tetapi jika ragu hendak menentukan yang mana satu kerana kesamaran sifatnya maka boleh diputuskan antara mani atau mazi.

Jika diputuskan mani maka wajib mandi hadas dan sebaliknya jika diputuskan mazi maka wajib basuh dan berwuduk.

Telah berkata oleh Syeikh Bujairimi :


فَإِنْ اُحْتُمِلَ كَوْنُ الْخَارِجِ مَنِيًّا أَوْ غَيْرَهُ كَوَدْيٍ أَوْ مَذْيٍ تَخَيَّرَ بَيْنَهُمَا عَلَى الْمُعْتَمَدِ، فَإِنْ جَعَلَهُ مَنِيًّا اغْتَسَلَ أَوْ غَيْرَهُ تَوَضَّأَ وَغَسَلَ مَا أَصَابَهُ؛ لِأَنَّهُ إذَا أَتَى بِمُقْتَضَى أَحَدِهِمَا بَرِئَ مِنْهُ يَقِينًا

Artinya : “Maka jika berkemungkinan keadaan cecair yang keluar itu mani atau lainnya seperti wadi atau mazi nescaya boleh memilih antara keduanya atas qaul yang muktamad. Maka jika ditentukannya sebagai mani nescaya hendaklah ia mandi atau ditentukannya mazi maka hendaklah dia berwuduk dan membasuh apa yang mengenainya dari kerana sungguhnya apabila dia menghendaki salah satu dari keduanya nescaya lepaslah dari yang satu lagi secara yakin.” (Kitab Hasyiah Jamal)

KESIMPULAN

Jika diragui cecair yang keluar itu adakah ia air mani atau mazi maka hendaklah dipilihnya salah satu yaitu jika dihukumkan sebagai mani maka wajib dia mandi hadas dan sebaliknya jika ditentukan sebagai mazi maka wajib atasnya wuduk dan membasuhnya kerana mazi itu najis ia.

Wallahua’lam

Kredit : Ustaz Azhar Idrus

+Baca respon pembaca cecair keluar dari kemaluan, adakah perlu mandi wajib?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas