Connect with us

Oh! Media

Cara Che Ta Jaga Penampilan Diri Untuk Kekal Cantik

Umum

Cara Che Ta Jaga Penampilan Diri Untuk Kekal Cantik

Kecantikan aktres Rozita Che Wan memang tidak mampu disangkal lagi. Walaupun usia beliau telah mengjangkau 42 tahun, namun kejelitaan dan penampilannya yang menawan sering dicemburui ramai anak dara.

ADVERTISEMENT

Menurut Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggillan Che Ta, jangan sesekali meletakkan faktor usia sebagai penghalang bagi setiap wanita untuk mengekalkan kecantikan walaupun sudah bergelar isteri mahupun ibu.

Che Ta Jaga Penampilan Diri Persis Anak Dara

“Kita selalu dengar kalau untuk lelaki, ‘life begin at 40’ (hidup bermula pada usia 40) tetapi bagi saya, orang perempuan pula, bermula hidup tidak kira sampai usia mana pun.

“Bagi kebanyakan wanita, mereka mengganggap apabila usia sudah cecah angka 40, tak perlu nak cantik, tak perlu jaga penampilan dan sebagainya.

“Sebab itu juga ramai wanita jadi fobia apabila umur mereka meningkat ke angka empat. Walhal anggapan itu salah.

“Seperti diri saya berkahwin semula di usia 40 tahun dan mendapat anak pada usia 41 tahun.

“Sekarang alhamdulillah rezeki saya sebagai duta produk dan penampilan diri datang mencurah-curah di usia saya 42 tahun.

“Ramai juga yang kata, sebab saya artis memang kena nampak cantik. Tidak, sebenarnya, sebagai perempuan selagi kita mampu dan masih ada tenaga, kita kena menjaga serba-serbi tentang diri kita.

“Kecantikan itu anugerah daripada Allah tetapi kita nikmati dan kekalkan kecantikan yang dikurniakan kepada kita

“Untuk kekalkannya kita kena rajin menjaga penampilan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen dan barang kemas, Ridz dan Elegan Club, di Kuala Lumpur, semalam.

Bahkan, pemilik pinggang ramping ini menyatakan dia berasa bangga personaliti dan perwatakan yang dibawanya atas nama figura umum menjadi inpirasi ramai wanita.

“Saya rasa bangga dapat menjadi insprasi kepada ramai wanita dari segi kecantikan.

“Secara tidak langsung membuka mata mereka dan dapat mengikis rasa takut dan fobia meskipun mereka sudah mencecah usia angka 4.

“Sekaligus saya rasa dihargai kerana bukan senang untuk kekal kelihatan cantik menawan. Saya sendiri, selepas bersalin berat saya 80 kilogram dan saya berusaha untuk dapat semula berat ideal.

“Banyak pengorbanan yang kita kena lakukan tetapi apabila ada orang hargai kita, kita rasa segala susah payah kita berbaloi,” katanya.

————————————–
www.facebook.com/beautylace
Persedian awal menjelang raya. Jualan awal gila gila di Beautylace dari RM11.00 sahaja.

Selebriti Paling Mahal dan Berstatus Jutawan?

Melihat kehidupan Che Ta yang semakin hari semakin bahagia dengan kehadiran puterinya Aaisyah Dhia Rana, Che Ta dianggap selebriti yang mempunyai levelnya tersendiri malah paling mahal dan berstatus jutawan. 

Manakan tidak, dilantik sebagai duta sesuatu produk sahaja sudah ditawarkan bayaran yang cukup lumayan sehingga mencecah jutaan ringgit. 

Mengulas tentang perkara itu, isteri kepada pelakon Zain Saidin pantas menegaskan bahawa dia tidak pernah menganggap dirinya sebagai seorang selebriti yang paling mahal.

“Tidaklah. Janganlah kata begitu. Saya risau kalau ada yang menggangap saya begitu,” katanya ringkas.

OHMEDIA: Bertuah Che Ta dikurniakan segala kebahagiaan yang diidamkan setiap wanita. Walaupun banyak menerima pelbagai kritikan, Che Ta terus maju.

Wangian Meningkatkan Keyakinan Diri

Pherazone™ adalah Wangian menjana pelbagai kesan aura dan mencuri perhatian manusia. Kesan keseluruhannya akan…

Posted by Oh! Media on Sunday, May 17, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas