Connect with us

Oh! Media

Cangkung Atas Tandas Duduk?

Umum

Cangkung Atas Tandas Duduk?

Soalan:
Saya nak tanya sikit mengenai cara buang air kecil dan buang air besar yang kebanyakan tandas sekarang adalah tandas duduk. Kita tak boleh menyangkung untuk buang air.

ADVERTISEMENT

Jawapan:

“Dan dimakruhkan untuk kencing berdiri tanpa ada keuzuran, kerana tidak aman daripada terkena percikan kencing, tetapi tidak makruh jika ada keuzuran seperti mana riwayat daripada Hudzaifah RA:

أَتَى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ قَائِمًا
“Bahawa Nabi SAW mendatangi tempat pembuangan sampah suatu kaum lalu baginda kencing berdiri.” [Riwayat al-Bukhari (224)]

“Dan disunatkan bagi orang yang qadha hajat untuk memberatkan atas kaki kiri seperti mana yang diriwayatkan daripada Suraqah bin Malik RA: “Rasulullah SAW mengajar kami jika masuk tandas hendaklah kami sendeng ke arah kiri.” Ini kerana demikian itu lebih memudahkan qadha’ hajat.”

[Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/56-57)]

Kami berpendapat lebih utama hukumnya bagi seseorang yang mendapati tandas duduk untuk menggunakannya dengan duduk tanpa perlu mencangkung. Ini kerana itu lebih adil dengan cara penggunaannya dan tidak merosakkan atau mengotorkan papan punggung. Malah itu lebih memudahkan qadha hajat kerana jika mencangkung di atas tandas duduk tidak sempurna dan menyukarkan.

Bahkan, teknologi tandas yang berbeza mengikut zaman perlu diambilkira supaya ia dapat berfungsi secara efisyen dan menepati tujuan atau maslahah. Contohnya, penggunaan kayu siwak dan berus gigi moden adalah sama pada maslahat dan tujuannya iaitu kebersihan mulut. Kaedah qiyas menyatakan:

الحُكمُ يَدورُ مع عِلَّتِه وجودًا وعدمًا
“Hukum bergantung pada wujud atau hilangnya illahnya” [I`lam al-Muwaqqi`in oleh Ibn al-Qayyim]

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas