Connect with us

Oh! Media

PKP Fasa 4 Benarkan Ketua Keluarga Ditemani Seorang Lagi Ahli Keluarga Beli Barang Keperluan

Umum

PKP Fasa 4 Benarkan Ketua Keluarga Ditemani Seorang Lagi Ahli Keluarga Beli Barang Keperluan

Seperti sedia maklum, PKP Fasa 4 telah bermula hari ini 29 April 2020 sehingga 12 Mei 2020 ini dan kali ini ia akan dilaksanakan dengan lebih longgar berbanding sebelum ini. Keputusan ini juga diambil oleh kerajaan selepas melihat penurunan kes positif COVID-19 dan mendengar apa yang diperlukan rakyat bagi memudahkan urusan harian mereka.

ADVERTISEMENT

Sehubungan dengan itu, peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa pekenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membenarkan ketua keluarga untuk keluar bersama seorang lagi ahli keluarga bersama untuk membeli makanan, ubat-ubatan dan keperluan harian.

Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.

Bagaimanapun orang ramai masih hanya dibenarkan untuk keluar membeli makanan dan barangan keperluan dalam lingkungan tidak melebihi 10km dari rumah. Tetapi dibenarkan untuk pergi melebihi 10km dari rumah sekiranya barang keperluan dan perkhidmatan ubat-ubatan jauh dari rumah.

Dengan kelonggaran ini, diharapkan korang masih menjaga jarak sosial dan langkah kebersihan serta mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan kerajaan. Jika tidak, korang masih boleh didenda maksimum RM1,000 atau dipenjarakan sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas