Connect with us

Oh! Media

Isteri Bersalin Sebulan Awal, Black Timang Anak Lelaki

Umum

Isteri Bersalin Sebulan Awal, Black Timang Anak Lelaki

 

ADVERTISEMENT

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Black Hanifah kerana baru sahaja bergelar seorang bapa apabila isterinya, Cira selamat melahirkan bayi sulung mereka petang semalam.

Bayi lelaki yang dilahirkan secara normal itu melihat dunia sebulan awal daripada tarikh yang dijangkakan.

“Alhamdulillah
isteri dan anak saya sihat. Kini anak saya masih ditempatkan di wad
yang dikhaskan untuk kanak-kanak baru lahir. Anak saya perlu ditempatkan
di situ kerana dia lahir tidak cukup bulan dan perlu mendapatkan
sedikit lagi antibiotik tambahan untuk mengelakkan dia terkena apa-apa
jangkitan.
“Tetapi
kini alhamdulillah kerana dia sudah boleh minum susu dan jika tidak ada
apa-apa dalam sehari dua lagi anak dan isteri saya sudah dibenarkan
keluar,” ujar Black.

Black turut berkongsi pengalamannya melalui proses kelahiran bersama isterinya didalam bilik bersalin.

“Air
ketuban isteri saya pecah awal kerana terkena jangkitan. Dia sakit
dalam dua hari juga. Selepas dua hari, petang semalam barulah rahimnya
terbuka. Ketika lahir anak saya tidak menangis dan memberikan respon
walaupun ditepuk.
“Hampir
10 minit jugalah doktor yang bertugas berusaha. Ketika itu, saya rasa
sangat resah dan 10 minit kemudian barulah terdengar tangisannya. Saya
tergamam hingga tidak mampu berkata apa-apa,” kata Black yang sudah
hampir 4 hari berkampung di Sime Darby Medical Centre Petaling Jaya.

Selain itu, Black memaklumkan dia tidak akan mendedahkan anaknya kepada umum terlalu awal kerana mahu menunggu keadaan anaknya bertambah baik.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas