Connect with us

Oh! Media

“Berniagalah Dengan Jujur Dan Jangan Menyalahgunakan Nama Aafiyah” – Siti Nurhaliza

ohmedia aafiyah sitipng

Umum

“Berniagalah Dengan Jujur Dan Jangan Menyalahgunakan Nama Aafiyah” – Siti Nurhaliza

Ada juga ya zaman sekarang guna gambar dan nama orang lain semata-mata untuk naikkan followers dan business di dalam social media? Sanggup menipu orang demi mendapatkan duit. Kan bagus kalau berniaga dengan jujur dan jangan menyalahgunakan orang lain.

Terlalu banyak akaun yang menggunakan nama anak saya, Siti Aafiyah, saya juga mendapat aduan daripada peminat-peminat saya yang prihatin apabila instagram yang menggunakan nama Aafiyah digunakan untuk perniagaan pelbagai barangan dan sebagainya. Gambar di atas adalah salah satu akaun yang menjual produk menggunakan akaun bernama Aafiyah dan produk tersebut bukan daripada perniagaan saya. Saya sangat bermohon agar jangan mengambil kesempatan di atas nama Aafiyah apatah lagi terdapat beratus-ratus akaun di atas nama Aafiyah. Saya di sini sekali lagi ingin menegaskan bahawa Aafiyah TIDAK MEMPUNYAI AKAUN INSTAGRAM dan saya berharap anda tidak terpedaya jika ada yang menyamar atau menjual produk bukan dari perniagaan saya ataupun menggunakan akaun tersebut untuk tujuan-tujuan tidak baik. Berniagalah dengan jujur dan jangan menyalahgunakan nama Aafiyah.
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Macam tulah terjadi dekat Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini apabila ada seseorang yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambar dan nama anaknya, Siti Aafiyah yang membuka fake akaun. Boleh pula dia buat business dekat akaun tu.


Bila Tokti dengar aduan daripada peminatnya, haa apa lagi. Tokti pun tampil lah untuk menjelaskan hal yang sebenar di Instagram bahawa itu bukanlah akaun anaknya dan bukan perniagaan daripada Tokti. Korang ni pun, janganlah ambil kesempatan ke atas orang lain ya.

IKLAN

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas