Connect with us

Oh! Media

Isteri Dan Anak Diugut Hantar Ke Rumah Kebajikan Kerana Rokok Elektrik

Umum

Isteri Dan Anak Diugut Hantar Ke Rumah Kebajikan Kerana Rokok Elektrik

Macam-macam kisah yang berlaku setiap hari. Ada antaranya yang bagai tidak masuk dek akal tapi apakandaya bukan semua orang mempunyai aliran yang sama antara satu sama lain. Berikut adalah satu email luahan hati dari seorang isteri yang dikirimkan kepada kami. Ianya tentang kisah hidupnya yang agak menyedihkan sehingga diugut suami untuk dihantar ke rumah kebajikan hanya kerana gilakan rokok elektrik.

ADVERTISEMENT

Salam. Saya merupakan seorang isteri dan seorang ibu. Sudah hampir 3 tahun kami mendirikan rumahtangga. Suami saya memang pernah menghisap rokok suatu masa dahulu. Tetapi dia berhenti setelah bernikah. Mungkin Allah nak duga, ada orang rekemen suami saya rokok elektrik atau vapor. Bila kantoi dengan saya. Saya cuma mendiamkan diri dan saya hanya bertanya kat suami saya. Apa benda ni? Dia menjadi mengamuk. Dia hampir memukul saya dengan batang besi. Dia menghalau saya keluar dari rumah. Dia tarik2 tangan saya suruh keluar dari rumah tu dengan anak saya umur baru 1 tahun 3 bulan. Anak saya hanya melihat suami saya buat saya macam tu. Duit makan,pakaian anak saya tanggung tapi rokok tu bole beli,memang hancur luluh hati saya. Mungkin ada pihak merasakan tidak salah perkara ni. Tapi bagi saya, saya nak yang terbaik untuk anak saya. Saya taknak anak saya ke arah yang tidak elok. Disebabkan rokok elektrik ini menjadi punca pergaduhan antara suami dan isteri. Suami saya jugak mengugut untuk menghantar saya dan anak ke rumah kebajikan. Hmm… Sedih betul rasanya. Tak mengapa kalau pihak oh media xnak viralkan emel saya ni. Saya cuma ingin memberi pandangan dan saya harap ada pendapat2 yang dapat tampil bagitau apa keburukkan dan kebaikan rokok elektrik atau vape ni. Jutaan terima kasih. – Srikandi solehah

Kepada korang yang mempunyai pendapat mahupun pandangan tentang nasib isteri ini, boleh berikan di bahagian komen untuk renungan bersama.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas