Connect with us

Oh! Media

Benjy Berdepan Hukuman Gantung Selepas Ditahan Kali Keempat?

Umum

Benjy Berdepan Hukuman Gantung Selepas Ditahan Kali Keempat?

Pelakon Khaeryll Benjamin atau lebih dikenali sebagai Benjy ditahan sekali lagi oleh pihak polis untuk kali yang keempat di Pagoh, Johor kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu mereka dari Kuala Lumpur ke daerah itu.

ADVERTISEMENT

Anak lelaki kepada pelakon vateran, Allahyarhamah Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalanraya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pada jam 1.40 pagi.




Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, berdasarkan pelbagai peralatan dan bahan kimia yang dtemui didalam kenderaan pelakon tersebut adalah yang biasa digunakan untuk memproses syabu.

“Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ini. Jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram (kg) pada satu masa”

“Kita juga menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg. Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini semalam.

Pihak polis juga memberitahu bahawa, Benjy, 35 sehingga kini masih ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan. Selain itu, hukuman mati mandatori akan dikenakan jika sabit kesalahaan kerana kes telah disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

OHMEDIA: Nak hidup senang, jangan pilih jalan yang mudah dan jangan terlibat dengan dadah.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas