Connect with us

Oh! Media

Bendera Putih Jadi Inspirasi, Kini Muncul Pula Kempen Bendera ‘Pink’?

Ohmedia bendera pink

Oh! Tidak

Bendera Putih Jadi Inspirasi, Kini Muncul Pula Kempen Bendera ‘Pink’?

Melalui pandemik ini, kita boleh lihat kerjasama yang erat sesaa rakyat apabila mereka menggunakan inisiatif mengangkat bendera putih bagi menandakan sesebuah rumah itu memerlukan bantuan dan menyeru kepada masyarakat agar melakukan demikian agar memudahkan orang lain menyumbangkan bantuan. Kempen ini juga mendapat perhatian daripada artis tempatan untuk turut serta menyumbang kepada masyarakat.

BACA: Selepas Bendera Putih, Kini Kempen Kibar Bendera Merah Dilancarkan

Selain kempen bendera putih, terdapat juga bendera lain yang dicipta bagi tujuan tertentu seperti bendera merah bagi meminta bantuan makanan bagi haiwan peliharaan. Namun, tercetus juga kempen bendera hitam, tetapi kempen itu tidak mendapat perhatian daripada masyarakat.

IKLAN

Terbaru, heboh pula di media sosial apabila terdapat kempen baharu yang melibatkan bendera iaitu kibar bendera pink yang membawa maksud untuk mencari jodoh.

Tidak diketahui dari siapa idea bendera ini muncul tetapi antara individu terawal yang berkongsikan perkara itu adalah seorang pengguna laman Facebook yang bernama Fazlin Razali.

Individu tersebut telah berkongsikan sebuah gambar memaparkan bendera putih bersama kepsyen yang menggesa kepada rakyat yang memerlukan jodoh, perlulah mengangkat bendera merah jambu.

Untuk kakak-kakak dan abang-abang yang masih single atau belum berkahwin naikkan bendera merah jambu di kediaman jika memerlukan jodoh segera.

Tak perlu malu, kibarkan bendera pink. Semoga ada yang membantu

Bendera merah jambu 1
Gambar yang dikongsikan berkenaan kempen bendera merah jambu kini tular di media sosial Sumber Facebook

Kempen itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan netizen dan menganggap ianya hanya sekadar gurauan.

Kepada yang sudah berkahwin jangan gatal-gatal naikkan bendera warna ini. Silap-silap nuklear yang datang ke rumah anda.

Muhammad Syukhri Shafee.

Namun terdapat juga netizen yang mengecam perbuatan itu dan selain turut menyatakan perkara seperti ini tidak sesuai dijadikan sebagai bahan jenaka.

Tidak payah hendak merepek. Orang fikirkan hendak meneruskan hidup. Perkara sebegini usaha dijadikan perkara lawak

Pensel Tumpul

Walaubagaimanapun, rata-rata netizen menyeru agar masyarakat meneruskan usaha dalam kempen bendera putih bagi membantu golongan yang memerlukan dan tidak menggunakan kempen bendera sebagai bahan jenaka di media sosial.

Kredit: Fazlin Razali, Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas