Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Nak Sekat Budak Bawah 16 Tahun Guna Media Sosial? Ini Penjelasan Penuh Dari Fahmi Fadzil!

Ohmedia fahmi Fadzil

Trending

Kerajaan Nak Sekat Budak Bawah 16 Tahun Guna Media Sosial? Ini Penjelasan Penuh Dari Fahmi Fadzil!

Kerajaan sasar sekat akses media sosial untuk bawah 16 tahun. Fahmi Fadzil jelaskan langkah keselamatan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.

Kerajaan kini dalam proses menyekat kanak-kanak bawah 16 tahun daripada mengakses platform media sosial, selain mengetatkan kawal selia untuk remaja bawah 18 tahun. Langkah ini sedang digerakkan melalui Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) yang dibangunkan oleh MCMC.

Menurut laporan Sinar Harian, sepuluh perundangan subsidiari sedang disiapkan dengan tumpuan utama melindungi pengguna muda daripada kandungan berbahaya dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Apa yang akan berubah?

Media Sosial

Menurutnya lagi, penyedia perkhidmatan bertanggungjawab memastikan platform mereka tidak boleh diakses pengguna bawah 16 tahun.

IKLAN

Manakala kandungan untuk pengguna bawah 18 tahun hendaklah bersesuaian dengan umur mereka.

Selain itu, platform wajib menyediakan tetapan kawalan ibu bapa (parental control), pelan keselamatan dalam talian dan pengesahan umur yang lebih ketat

Langkah ini juga disokong melalui pelesenan baharu, penyedia platform seperti aplikasi pesanan dan media sosial perlu mendapatkan Lesen Kelas ASP(C) demi memastikan mereka bertanggungjawab terhadap kandungan dan pengurusan algoritma.

Penyedia platform perlu lebih bertanggungjawab

Fahmi Fadzil

MCMC turut mengeluarkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) yang mewajibkan penyedia platform:

  • Melaksanakan ciri pengesahan umur
  • Menyediakan kawalan ibu bapa yang berkesan
  • Memperkukuh alat keselamatan untuk pengguna muda

Akta ini telah diwartakan pada 22 Mei dan dijangka berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Kenapa perlu sampai begini?

Media Sosial

Fahmi berkata kerajaan mengambil pendekatan menyeluruh untuk menangani kandungan memudaratkan, buli siber, penyebaran maklumat palsu dan risiko jenayah siber melibatkan kanak-kanak.

Inisiatif seperti Kempen Internet Selamat (KIS) turut dilancarkan sejak Januari bagi mendidik ibu bapa dan komuniti mengenai risiko dunia digital terhadap kanak-kanak.

Pssttt! Teknologi makin maju, tapi keselamatan anak-anak jangan sekali-kali dipandang ringan. Had umur bukan untuk menyusahkan, tapi untuk melindungi masa depan mereka.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas