Connect with us

Oh! Media

Website Yang Menyenaraikan Ribuan Servis Penjagaan Diri Pada Harga Terendah

Branded

Website Yang Menyenaraikan Ribuan Servis Penjagaan Diri Pada Harga Terendah

Ada banyak produk dan servis penjagaan diri yang boleh kita beli secara atas talian tapi tak banyak website menawarkan lambakan baucer dan tawaran bagi mereka yang mahukan senarai pelbagai servis kecantikan serta penjagaan diri pada harga yang betul-betul paling rendah!

Ohmedia akan berkongsi tentang sebuah website yang telah wujud sejak tahun 2014 lagi tapi mungkin ramai yang tak pernah tahu. Pernah dengar tak tentang Bello2?

Website: www.bello2.com

Cuba bayangkan setiap pembelian tawaran produk atau khidmat penjagaan diri yang ada di website Bello2 seperti spa, facial, manicure, pedicure, dan pelbagai yang lain akan memberikan kita kredit percuma. Melalui kredit percuma tersebut pula akhirnya membolehkan kita untuk dapat lebih banyak lagi tawaran menarik tanpa perlu pun membayar apa-apa! Awesome kan?

Bello2 ini sebenarnya website yang menyenaraikan sangat banyak deal menarik bermula dari penjagaan rambut, muka, badan, kuku, dan sampailah dari sudut kesihatan di mana kita sebagai pengguna boleh mendapatkan apa sahaja melalui satu platform tersedia tanpa perlu berbelanja lebih.

Contohnya kalau kita nak dapatkan servis urutan badan menggunakan 7 chakra yang berharga mencecah RM247, melalui Bello2 ini mereka memberikan diskaun sehingga 60% yang menjadikan harga servis tersebut daripada berharga RM247 kini cuma RM99 sahaja. Kita dah dapat jimat sampai RM148 kat situ melalui Bello2 berbanding kalau walk-in terus ke premis tersebut.

Antara pilihan servis yang berbaloi di website bello2.com.my

Contoh lain untuk orang perempuan yang nak buat facial pula, terdapat sangat banyak tawaran yang disenaraikan di Bello2. Pilih sahaja kat mana lokasi dan juga bajet yang kita nak, dan Bello2 akan paparkan semua servis yang berada di dalam pilihan kita. Bukan ke itu sangat memudahkan?

Pendek kata Bello2 ini ideanya tidak jauh berbeza dengan beberapa jenama website dan aplikasi terkenal yang menyenarai dan membandingkan semua harga hotel dari pelbagai jenis, tetapi Bello2 menyediakan servis eksklusif untuk memfokuskan pelbagai tawaran kesihatan dan penjagaan diri bagi mereka yang mementingkan imej dan keterampilan tetapi tetap dapat berjimat.

Kalau korang ke website Bello2, daftar akaun sahaja kita dah dapat kredit RM30 yang boleh digunakan untuk sebarang tawaran yang ada. Fuh!

Bila invite member untuk daftar pula, akan dapat RM2 bagi setiap orang yang mendaftar. Boleh dikatakan, untuk yang bijak boleh beli pelbagai servis dalam website Bello2 secara percuma sahaja sepanjang hayat!

Tapi jangan risau, dalam artikel ini Ohmedia tak akan invite korang pun untuk dapatkan RM2 setiap seorang tu. So pergilah website Bello2 dan daftar sendiri kemudian bagitahu kawan-kawan suruh join pulak.

Sekarang ni juga, Bello2 tengah buat satu kempen yang sangat unik bagi Ohmedia di mana kita perlu letak bid yang paling rendah untuk menang apa sahaja tawaran yang kita nak. Bid yang terendah dan unik akan menang. Menarik kan? Tak salah untuk mencuba nasib. So pergi daftar dan letak bid terendah korang.

Di bawah ni adalah Hall of Fame yang memaparkan nama insan bertuah yang telahpun menang dan diumumkan setakat hari ini.

Dan sepanjang kempen ni berlangsung, kalau kita invite member-member pula untuk join, kita pula boleh menang hadiah bertuah iaitu 4 tiket untuk tengok movie penuh glamor di GSC Premiere Class. So boleh bawak sekali kawan-kawan yang kita invite tadi layan movie sama-sama. Best kan?!

Seperti biasa, apa sahaja yang Ohmedia lakukan, korang sesekali tak akan dilupakan. Dimaklumkan bahawa semua pembaca dan followers Ohmedia  boleh dapat 10% potongan harga bagi apa sahaja pembelian di Bello2. Caranya anya letakkan kod “OHMEDIA10” masa nak check out nanti. Simple kan?!

Jadi diharapkan perkongsian ini selain memberikan korang platform paling best untuk mencari pelbagai servis penjagaan diri pada harga terendah, dapat juga korang mencari kredit untuk terus berjimat.

Selamat mencuba!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas