Connect with us

Oh! Media

Peminat Bertanya, Beer Siapa Dalam Troli Sharnaaz Ahmad?

Umum

Peminat Bertanya, Beer Siapa Dalam Troli Sharnaaz Ahmad?

Dari gambar ini dapat dilihat Sharnaaz Ahmad, Hanez Zulaikha dan Mimi Lana dengan troli masing-masing ketika berada di Okinawa, Jepun yang dikongsikan bersama peminat. Jelas sekali mereka ke sana untuk menjalani penggambaran drama Suamiku Encik Sotong yang memang tengah meletup sekarang ni. Namun dalam ramai-ramai tu, tentulah ada mata-mata yang peka dan istimewa dari orang lain.

ADVERTISEMENT

Berikut adalah email yang dihantarkan kepada kami;

Assalamualaikum Oh! Media. Saya ingin bertanya mengenai satu gambar artis malaysia yang membeli-belah di Jepun dan kelihatan satu jelmaan beer di dalam troli tersebut. Beer tersebut amat terkenal di kalangan peminum beer di Jepun yang berjenama Asahi. Adakah beer itu kepunyaan artis tersebut atau…??”

Incase korang tak nampak, meh kami tolong zoom kan sikit.

Jika diamati botol tersebut, jelas sekali ianya adalah sejenis arak yang popular di Jepun bernama ASAHI seperti yang didakwa pengirim. Mungkin pengirim ni student Malaysia yang belajar di Jepun lah agaknya.


Pada kami, pelbagai kemungkinan di sini. Ada kemungkinan itu bukan pun troli mereka. Mungkin mereka tumpang bergambar sahaja. Keduanya mungkin itu troli milik mereka tapi beer tersebut mungkin salah seorang krew yang punya. Wallahualam.

Apapun amatlah bagus jika selebriti tersebut sendiri dapat memberikan sebarang maklumbalas bagi menjawab persoalan yang bermain di fikiran pengirim ini. Kami tak anggap ini tuduhan, tapi lebih kepada peminat ingin mengetahui sendiri jawapan daripada artis kesayangan mereka.

Dapatkan Busana JACENDA Anda Sekarang!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas