Connect with us

Oh! Media

BBW Kembali Buru “Ulat Buku” Di Lembah Klang, Buku Dijual Serendah RM3 Je!

Umum

BBW Kembali Buru “Ulat Buku” Di Lembah Klang, Buku Dijual Serendah RM3 Je!

Finally, pesta buku yang dinantikan setiap hujung tahun kini kembali. Big Bad Wolf Books is back!

ADVERTISEMENT

Korang yang dah lama menunggu serta mencari buku yang “rare”, popular, best boleh lah cari di Big Bad Wolf Books. Jarang menghampakan tau!

Dengar cerita kalini, Big Bad Wolf Books diadakan di lokasi yang baru dengan promosi yang tak masuk akal?! 

Nak tahu apa dia? Let’s check out! 

Promosi “Kaw-Kaw” & Lebih 2 Juta Pilihan Buku Menanti Korang!

Harga buku serendah RM3 je! 

Menariknya, Big Bad Wolf Books kali ini menawarkan promosi buku serendah RM3! Bukan itu sahaja, ada juga diskaun sehingga 90% tau. 

Siapa dekat sini peminat Superhero Marvel dan DC? 

Aha! Korang boleh dapatkan pelbagai koleksi novel serta komik Marvel dan DC dengan harga yang berpatutan tau. Boleh la tambah koleksi baru korang. 

Selain itu, terdapat lebih daripada 2 juta pilihan buku yang korang boleh pilih tau. Antaranya, fiksyen, non-fiksyen, novel, business, masakan, komik, indie, buku latihan dan lain-lain. Confirm rambang mata lah!

Tambahan lagi, Big Bad Wolf Books kali ini disertai oleh 50 pengeluar buku lokal seperti Karangkraf, PTS, Fixi, Penerbit X dan lain-lain. Jadi tak perlu risau, bagi korang yang mencari buku dalam Bahasa Melayu turut ada dijual tau. 

Lokasi Baru Bagi Tahun 2023

Big Bad Wolf Books tahun ini memilih Tropicana Garden Mall sebagai lokasi utama penganjuran. Untuk makluman korang, ini adalah kali pertama penganjuran Big Bad Wolf Books diadakan di dalam shopping mall. 

Pemilihan utama Tropicana Garden Mall adalah disebabkan lokasi yang lebih strategik di dalam kawasan di Lembah Klang. Selain itu, ia turut memberi pengalaman yang menarik sepanjang berbelanja di Tropicana Garden Mall.

Bukan tu je, pengangkutan awam juga mudah diakses dengan adanya MRT yang menghubungkan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Jadi bagi korang yang nak elak jam, kami sarankan untuk korang guna pengangkutan awam. 

Big Bad Wolf Books dibuka di bahagian West Walk Area yang meliputi 3 tingkat. Setiap tingkat mempunyai genre pilihan buku yang berbeza. Jadi mudah untuk korang mencari serta memilih buku yang korang inginkan. 

Terdapat 4 pintu masuk yang korang boleh akses sepanjang pesta buku dijalankan. Jadi korang tak perlu risau mengenai kesesakan tau, semuanya telah dikawal rapi oleh pihak penganjur. 

Jadi tunggu apa lagi, jom kita memeriahkan Big Bad Wolf Books di Tropicana Garden Malls bermula 7 Disember hingga 23 Disember 2023 dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah malam.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman sosial rasmi Big Bad Wolf Books di Instagram dan TikTok. Jumpa korang di sana!

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas