Connect with us

Oh! Media

Baru Nak Layan Wayang Drive-In, Penonton Terima Kejutan Tak Disangka-Sangka

Thumbnail2bwonda2bfinaljpg

Branded

Baru Nak Layan Wayang Drive-In, Penonton Terima Kejutan Tak Disangka-Sangka

 

Ketika musim  Covid-19 ni macam-macam trend naik, dari kopi dalgona, masak-memasak pelbagai resepi dan bermacam lagilah. Antara yang mendapat perhatian adalah trend wayang drive-in yang diperkenalkan untuk menjaga penjarakan fizikal. Masing-masing dalam kereta, lebih selamat la kan?

Skrin gergasi kedua tiba-tiba muncul

Seorang pengguna laman sosial berkongsi video yang dirakam dalam satu tayangan filem di M-Junction Drive-In Cinema anjuran Nescafe tempoh hari. Kira-kira 9.30 malam sebelum tayangan filem berlangsung, sebuah kren dilihat menaikkan satu lagi skrin berhampiran skrin utama. Aik, mana satu nak tengok ni?

Skrin berkenaan membuatkan perhatian penonton ‘terbahagi’ dua secara tiba-tiba. Ah sudah, apa dah jadi? Gimik ke apa? Insiden itu kemudiannya direcord dan dikongsi penonton yang hadir. Hanya kira-kira 15 minit tayangan di udara, skrin berkenaan kemudiannya diturunkan.

Teknik pemasaran gerila

Dalam insta story dirakam, seorang pengguna Instagram meluahkan rasa excited dan hairan apabila skrin kedua muncul menjadikan pengalaman menonton yang cukup yang lain dari yang lain. Iyalah, nak layan movie, eh tiba-tiba ada pulak skrin lain. Betul-betul unexpected!


Siasat punya siasat, rupanya mastermind di sebalik insiden itu adalah jenama kopi Wonda. Skrin kedua yang dinaikkan rupanya invite ke panggung Aurum Theatre, GSC pada masa yang sama! Memang ada kelas tersendiri! Khabarnya sampai 2 dewan penuh pada malam 9 Ogos lalu tu. Klasik lawan kelas tersendiri, korang pilih yang mana?


Kalau di negara luar situasi sebegini adalah satu kebiasaan, namun ini satu permulaan baik untuk dunia iklan dan pemasaran tempatan!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas