Connect with us

Oh! Media

Wajah Bandi Amuk Kini, Dalami Ilmu Agama Bersama Iwan Dangdut

Umum

Wajah Bandi Amuk Kini, Dalami Ilmu Agama Bersama Iwan Dangdut

ADVERTISEMENT

Lama kita tak dengar cerita tentang penyanyi rock yang berimej unik berpatung Bandi Amuk. Bandi yang merupakan vokalis kumpulan Amuk merupakan rokers yang terkenal pada era 1990.

Terbaru, gambar Bandi tanpa mengenakan topeng tersebar di media sosial setelah dimuatnaik oleh Facebook milik Ali.

Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumaat mengakui sedang menyertai program Usaha Ziarah yang berlangsung di Pulau Besar, Melaka bersama rakan artisnya iaitu Ali dan Iwan Dangdut.

“Saya ke sana beberapa hari untuk belajar dan memperbaiki kekurangan diri. Saya mengikuti kelas tazkirah dan belajar mengaji al-Quran.

“Pencetus Ummah Faiz banyak berkongsi ilmu berguna dengan semua yang hadir,” katanya.

“Sebelum ini, saya lebih banyak kejar dunia kerana mencari rezeki untuk keluarga. Apabila menyertai program ini, saya sedar banyak yang perlu dicari dalam hidup ini.

“Saya dapat memperbaiki bacaan al-Quran dan ia sesuatu yang sangat bagus. Saya dapat banyak ilmu dan boleh berkongsi dengan orang lain untuk manfaat bersama.

“Contohnya pada malam raya baru-baru ini, saya terbabit dengan persembahan di Segamat, Johor. Saya selitkan kata-kata nasihat ketika persembahan.

“Saya akan terus menyanyi kerana itu punca pendapatan saya dan akan kekal bertopeng ketika persembahan,” katanya. 

Mengulas gambarnya yang tidak bertopeng tersebar, Band tidak menganggap itu sebagai satu masalah.

“Atas pentas saya adalah Bandi Amuk, tetapi selepas habis persembahan saya hanya orang biasa. Peminat pun tahu rupa sebenar saya. Gambar ini disebarkan seorang ustaz yang menetap di Madinah.

“Niatnya baik. Dia kenal saya dan mengajak saya ke sana. Insya-Allah, andai ada rezeki buat umrah dalam masa terdekat dapatlah jumpa dia di sana.

“Saya tak kisah orang nak berkongsi benda yang baik. Saya kena hormati etika berpakaian untuk program keagamaan.

“Saya juga boleh menghiburkan tetamu dalam majlis dakwah kerana mempunyai lagu sesuai seperti Aku Mahu Pulang dan Pergi Tak Kembali,” katanya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas