Connect with us

Oh! Media

Cara Mudah Shopping Barangan Elektrik Di Musim Perayaan Dan Jimat Ribuan Ringgit!

Branded

Cara Mudah Shopping Barangan Elektrik Di Musim Perayaan Dan Jimat Ribuan Ringgit!

Bila tiba musim perayaan ni, kalau boleh semua benda kita nak yang baru. Bila sanak-saudara, kawan-kawan dan ramai tetamu datang kerumah, tentulah kita rasa gembira bila mereka pun rasa selesa. Masalahnya kita bukan jenis yang berduit. Hidup di zaman sekarang ni semua benda rasa mahal.



Tapi sebenarnya kalau kita pandai, banyak tempat yang membolehkan anda berjimat cermat walaupun untuk membeli barang peralatan elektrik yang berjenama dan biasanya bukannya murah. Ialah mana mungkin kualiti datang dengan harga yang murah.


Bila bercerita pasal barangan elektrik ni, ada dua tempat yang perlu korang survey untuk dapatkan harga terbaik iaitu di Lazada dan juga di Senheng.

 Dengan Lazada anda boleh membuat pembelian secara online dan tentunya ini sangat memudahkan, menjimatkan masa, dan tenaga.

Di Senheng pula, anda boleh datang sendiri ke pusat jualan mereka jika anda lebih memilih untuk melihat barangan dahulu sebelum beli dan biasanya apa yang dijual di Senheng jauh lebih murah berbanding di tempat lain.

Tapi bagaimana kalau dua jenama, Lazada dan Senheng ini bergabung menghasilkan satu platform jualan barangan elektrik yang terbaik untuk rakyat Malaysia di mana mampu memberikan penjimatan dan kualiti yang tertinggi kepada pembeli?


Apa yang sedang berlaku sekarang ini sepanjang musim perayaan ini, Lazada & Senheng sedang menjalankan promosi Riang Ria Raya yang mana pelbagai barangan elektrik berjanama untuk TV, Peti Ais, Mesin Basuh, dan banyak lagi dijual sehingga 25% potongan harga.

Panasonic Air Purifier yang biasa dijual pada harga RM549 ini hanya berharga RM347 sahaja di Lazada di mana anda telah jimat sehingga 33%. Bolehlah saudara-mara dan kawan-kawan merasa untuk beraya dengan udara yang lebih bersih dan segar lepas ni di rumah anda! Heh.

Peti Ais 2 Pintu Samsung 410L Twin Cooling kini hanya berharga RM1,699 sahaja dan anda jimat 9% daripada harga asal dengan membuat pembelian barangan Senheng melalui Lazada.

Kalau ada rancangan untuk upgrade TV sedia ada, mungkin boleh pertimbangkan TV yang ditawarkan Senheng melalui Lazada ini kerana sepanjang promosi ini harga Philips 32” Slim LED TV yang sepatutnya berharga RM849 kini dijual pada harga RM759 sahaja. Harga yang tak wujud di tempat lain.

Jika 32 inci tidak cukup, apa kata lakukan pelaburan sekali sahaja untuk beli TV bersaiz 60” dengan skrin 4K UHD terus untuk kepuasan menonton yang tiada tandingan. Sharp 60” UHD TV kini cuma berharga RM4,899 yang sebelum ini dijual pada harga RM5,899. Jimat RM1,000 tu! Lepas ni boleh layan Youtube, Netflix dan banyak lagi guna TV sahaja.



Ini antara yang sempat kami kongsikan. Anda boleh lihat sendiri sebab banyak lagi barangan yang disediakan sepanjang Promosi Lazada x Senheng Riang Ria Raya di website Lazada untuk lihat sendiri senarai produk yang dijual murah sepanjang musim perayaan ini. Moga dengan artikel ini anda dapat berjimat sehingga ribuan ringgit dengan membeli produk berkualiti pada harga yang berpatutan melalui promosi hebat yang tiada di tempat lain.

Selamat membeli!!



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas