Connect with us

Oh! Media

“Baby Danial Sudah 90% Bergantung Pada Mesin Untuk Bernafas” – Abby Abadi

Umum

“Baby Danial Sudah 90% Bergantung Pada Mesin Untuk Bernafas” – Abby Abadi

Sayu bila dengar luahan tentang keadaan anak kepada Abby Abadi, Muhammad Danial Firman Faizal di Instagram baru-baru ini. Mana taknya, baby D sekarang tengah kritikal gais dan Abby memohon kepada korang semua terus berdoa untuk baby D.


Peluang baby D untuk hidup 50-50 je gais sebab dia lahir dalam keadaan yang sangat tidak bersedia dengan hanya seberat 535 gram je. Ya Allah, sedihnya! So keadaannya sangat kritikal dan doktor meminta Abby untuk jangan pergi jauh-jauh daripada baby D.

ADVERTISEMENT

Hari ke 9 & 10 (5/6Oktober 2019) Abah tak sempat menulis, jadi Mama tulislah utk malam ni. Dah masuk 7hb, hari ke 11 dah sebenarnya umur Baby Danial. Hebat & kuat anak Mama Abah 😘😇 . Siang tadi, dapat cal dari NICU, HBSB kata perlukan darah Mama utk masukkan dalam badan Baby Danial. Pastu bila bgtau kami di Lumut, kami dah maklum dah pihak NICU sblm pergi haritu, & tahu stok darah Mama ada lagi… dorang cal semula bgtau takpe mmg stok ada lagi. Buleh dtg Isnin pagi . Petang tadi hospital cal lagi, bgtau ada Doc nk jumpa nk cakap pasal Baby Danial (Doc ramai, bertukar ganti) Masa tu Mama Abah dah sampai Tapah. Berdebar2 rasa bila kata Doc nk jumpa tu.. Rasa nk terus terbang supaya cepat sampai sbb dah terfikir mcm2 dah 😫 . Sampai Sungai Buloh kul 1030pm tadi terus ke NICU… dari jauhh nampak dah kaki Danial bergerak2. Ya ALLAH bersyukur sangat2! Baby kami masih ada 😭😭😭 . Terus meluru jenguk Baby Danial, basuh tangan terus pegang dia…berlinang airmata… 😢 . Doc datang jumpa tanya tahukan mcmana keadaan Baby. Pendarahan, paru paru tak kuat bla bla bla.. & yg terbaru…. Baby Danial sudah 90% bergantung pada mesin utk bernafas……. maximum dah penggunaan mesin tu utk baby seusia Danial. Jadi mmg conditionnya sangat kritikal bla bla blaaa.. Malam ni jangan pergi jauh jauh la ye…kata Doc . Ya ALLAH………Sayu dengar bila Doc cakap mcm tu… tp dari awal pun beberapa org Doc cakap point yg sama juga, 50/50 peluang utk hidup sebab Baby Danial lahir dalam keadaan yg sangat tidak bersedia… dgn berat hanya 535gram berbagai kemungkinan buleh berlaku . Tapi Sy & Suami kuatkan hati & tak putus berdoa & berusaha mengharapkan keajaiban dari ALLAH sbb ALLAH Maha berkuasa ke atas makhluknya . Tiada apa yg Sy harapkan dari Sahabat2 disini. Mohon teruskan doa utk Baby kami ye. Hanya DOA buleh ubah takdir dia. Ikutkan takut nk share keadaan Baby tp kalau tak share, takde pulak yg mendoakan utk Baby kami nanti 😢 #SemogaAdaRezekiUntukPelukBabyDanial #MohonDoaBerterusanUntukBabyDanial #HanyaDoAbulehUbahTakdir #ALLAHUAKBAR #Gambardarigoogle
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas