Connect with us

Oh! Media

Haji Azwan Ali Nafi ‘Selfie’ Ketika Bertafakur

Umum

Haji Azwan Ali Nafi ‘Selfie’ Ketika Bertafakur

ADVERTISEMENT

Ramai dah tahu cerita tentang masalah yang dicipta Azwan Ali apabila mengambil gambar sendiri bersama monopod (selfie) ketika rakyat Malaysia berkabung ketika hari ketibaan mangsa nahas MH17 tempohari. Kalau kita lihat, tiada apa yang salahnya dengan gambar tersebut tapi ‘caption’ yang ditulis Azwan Ali mungkin mengguris hati banyak pihak.

Kalau nak petik penjelasan Azwan Ali melalui Twitter’nya, mungkin tidak berapa nak manis untuk anda semua baca. Untuk itu marilah kita dengar kenyataan rasmi Azwan Ali sendiri ketika menjawab pertanyaan dari Portal Murai.

“Aku dalam industri hiburan sudah 22 tahun, yang dia (Sharnaaz) baru setahun jagung, lagipun aku tahu bila waktu yang sesuai nak berselfie, ramai yang ‘naik hantu’ sebab keliru dengan ‘caption’ gambar itu, hakikatnya aku tidak berselfe ketika negara sedang bertafakur,” ujarnya.

Azwan Ali dalam kenyataan sama mempersoalkan tindakan Sharnaaz Ahmad yang sibuk memuat naik status mempersoalkan tindakan beliau itu sedangkan tidak tahu apa yang terjadi.

“Dia tu siapa? Dia ingat aku selfie masa tengah bertafakur ke? Tolong sikit kalau tidak tahu apa-apa jangan cuba nak memandai-mandai, sah-sah aku selfie sebelum bertafakur, aku ada dekat dataran pada pukul 9 pagi ok! Sebelum bertafakur aku selfie untuk kenang-kenangan, yang dia sibuk apahal!,” tambah Azwan Ali lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata ada juga benarnya teguran Sharnaaz Ahmad itu dan Azwan Ali seharusnya lebih sensitif selepas ini.

“Saya harap, ia akan berakhir di Twitter sahaja. Lagipun, masing-masing sudah mengeluarkan ‘paku buah keras‘ masing-masing. Cukup-cukuplah tu. Kalau mereka masih meneruskan perang ini, kami akan memanggil dan cuba menyelesaikannya,“ ujarnya.

Pada kami Sharnaaz naik angin bukan kerana gambar itu semata, tapi dari sikap Azwan Ali yang seperti memperlekehkan bangsa sendiri melalui caption. Hanya Allah dan dia sahajalah yang tahu apa maksud sebenar sehingga meletakkan hashtag sedemikian rupa. Berapa usia kita dan berapa lama pun kita dalam industri tak memberikan apa-apa makna kerana yang penting adalah kematangan fikiran untuk memikirkan sesuatu terlebih dahulu sebelum bertindak.

Well kami tahu Azwan Ali marah dengan kami. Hakikatnya kami cuma memetik apa yang berlaku di Instagram miliknya dan juga Sharnaaz. Apapun maafkan kami Azwan Ali kalau ianya menyakiti hati anda. Kami hormati anda sebagai ‘orang lama’ dalam industri ini, tapi alangkah seronoknya kalau dapat balik ‘Azwan Ali’ yang dulu. Hebat, berbakat, dan amat dihormati tanpa perlukan publisiti negatif dari mata orang ramai. Apapun kami doakan salah faham antara Azwan dan Sharnaaz berakhir dengan baik.

Sumber: Portal Murai / Sinar Harian

Wajah putih, cantik & berseri, Apa rahsianya?!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas