Connect with us

Oh! Media

Azlee Khairi Bakal Nikahi Pengurus Peribadi

Umum

Azlee Khairi Bakal Nikahi Pengurus Peribadi

ADVERTISEMENT

Pasti ramai yang tidak menyangka umur aktor kacak yang menjadi sebutan selepas penangan drama Love You Mr Arrogant iaitu Azlee Khairi baru sahaja berusia 25 tahun, kerana raut wajahnya yang sangat matang.

Pelakon yang beasal daripada Kuala Kangsar, Perak ini dimaklumkan bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi dengan seorang gadis yang 6 tahun lebih berusia daripadanya iaitu pengurus peribadinya sendiri, Dayang Norlelawati Puteh, 31 tahun.

Menurut Azlee, dia bakal mengadakan majlis pernikahannya secara kecil-kecilan di kampung halamannya di Perak namun masih belum ada tarikh tetap untuk majlis hari bahagianya itu.

“Persiapan kahwin memang kami sudah lakukan sedikit demi sedikit. Ada masa saja, kami akan buat persiapan. Tarikh kahwin memang seperti diketahui sebelum ini sekitar hujung tahun. Ia mungkin boleh jadi bulan September, Oktober, November atau Disember.

“Tarikh nikah memang belum dapat ditetapkan dek komitmen seni saya. Jadi persiapan kahwin, mana sempat kami pulun buat. Rancangnya kami nak bernikah di Kuala Kangsar yakni kampung saya. Itu pun sekadar majlis kecil-kecilan.

“Ada kesempatan dan rezeki lebih, kami rancang adakan majlis resepsi di ibu kota selain negara kelahiran bakal isteri saya iaitu di Brunei. Semua kena tengok keadaan. Apa yang penting, biar selesai urusan wajib seperti nikah dulu,” katanya.

Tambah Azlee, beliau berkemungkinan hanya akan memaklumkan rakan media saja mengenai hari pernikahan tetapi akan menjemput mereka pada majlis resepsi.

Ditanya mengenai bakal isterinya, mereka sudah bekerjasama secara profesional sejak setahun lalu.

“Tapi kalau tanya bila berputik cinta antara kami, saya sendiri pun tak sedar bila. Semua itu kuasa dan izin Tuhan. Dia (bakal isteri) mempunyai syarikat pengurusan acara sendiri dan nak dijadikan cerita kami banyak bercerita mengenai perniagaan.

“Daripada situ, wujud keserasian sehingga saya memilihnya untuk menguruskan kerjaya seni. Sepanjang mengenalinya, dia boleh saya katakan cukup memahami dengan menerima apa juga keadaan mendatang.

“Dalam hidup ini, bukan semua orang boleh terima diri kita seadanya. Jangan katakan orang luar, adik beradik sendiri pun belum tentu. Keikhlasan dan kejujurannya dirinya banyak menambat hati saya,” katanya.

Mengenai kesediaan menuju ke gerbang perkahwinan, Azlee mengakui benar-benar bersedia ke arah itu.

“Saya sudah ada tanggungjawab untuk memikul dunia baru ini. Kalau nak kata tak ada duit nak kahwin, sampai bila pun ia akan jadi alasan. Nak tak nak kita kena lakukan sesuatu atau sekurang-kurangnya kita kena cuba merealisasikannya,” katanya.

Beli Susu & Menang Kawasaki!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas