Connect with us

Oh! Media

“Tak Sangka Aleesya Sanggup Buat Begitu Demi Pertahankan Saya” – Awie

Umum

“Tak Sangka Aleesya Sanggup Buat Begitu Demi Pertahankan Saya” – Awie

Belum habis lagi cerita tentang kisah penyanyi Awie dan isterinya Rozana Misbun serta hak penjagaan 3 anak mereka.

ADVERTISEMENT

Biarpun, hak penjagaan tiga anak mereka itu telah ditetapkan oleh pihak mahkamah diberikan kepada Rozana, namun anak sulung Awie yang berusia 15 tahun pula meluahkan perkara yang sebenar mengenai ibu tirinya. Perkara itu dikeluarkan sendiri oleh Aleesya melalui laman sosial Facebook miliknya.

Menurut Awie, selepas membaca luahan anaknyanya itu hatinya terlalu sebak dan tidak menyangga Aleesya sanggup berbuat demikian untuk mempertahankan.

“Luluh sebenarnya hati saya apabila membaca posting yang dimuatnaik olehnya (Aleeya) itu. Sampai menitis air mata saya. Tidak sangka dia sanggup berbuat demikian demi untuk pertahankan saya.

“Apapun, dia sudah besar. Dia sudah 15 tahun. Dia beritahu saya dia muatnaikkan status berkenaan kerana dia sudah tidak tahan lagi apabila membaca kenyataan dari pihak sebelah sana dan dia mahu ceritakan keadaan yang sebenar.

“Bayangkan seorang anak yang saya tidak ajar untuk berbuat demikian, tiba-tiba buat macam itu? Dan selalunya, yang akan pertahankan saya adalah anak perempuan saya yang kedua iaitu Putri Aleefa Antasha, 11. Tapi, inilah kali pertama dia berbuat demikian” – Awie

OHMEDIA: Kami doakan kemerlut yang Awie dan keluarga lalui dapat diselesaikan dengan baik dan penuh ketenangan. Kesian anak-anak yang masih kecil.

www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati. Hotline : 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas