Connect with us

Oh! Media

Awie Anggap Dugaan Dihadapinya Sebagai Kifarah Dosa Lampau

Doc6cikiv3ww08m8qnx572jpg

Umum

Awie Anggap Dugaan Dihadapinya Sebagai Kifarah Dosa Lampau

Penyanyi rock popular negara Awie yang sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana penyakit misteri kini masih mencari penawar bagi penyakitnya itu.

Walaubagaimanapun, Awie menganggap ianya dugaan yang harus dia hadapai dan sebagai kifarah dosa lampau dan dijadikan pengajaran untuk dikongsi bersama anak serta cucu nanti.

“Inilah ketentuan Allah untuk menduga iman manusia.

IKLAN

“Setiap sakit pasti ada penawar dan kita tidak harus berhenti berusaha. Saya menganggap ujian ini sebagai penghapus dosa lampau dan membuatkan saya tidak mudah alpa.

“Mungkin sebelum ini saya kurang bersujud dan dugaan ini menjadi peringatan daripada-Nya. Iman bukan sahaja ada dalam ingatan, sebaliknya harus diamalkan. Saya pasrah dengan ujian yang dihadapi dan ia menjadi pengajaran untuk masa depan,” katanya kepada BH Online.

Awie sekarang berkata ia beransur pulis, namun masih belum boleh banyak berjalan. Salain rawatan moden, Awie turut telah mencuba khidmat rawatan tradisional.

“Selain rawatan moden, saya turut mendapatkan khidmat tradisional. Tidak kira apapun, saya tetap berikhtiar untuk mencari penawar penyakit,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas