Connect with us

Oh! Media

“Mungkin Allah Mahu Sampaikan Sesuatu” – Awal Ashaari

Umum

“Mungkin Allah Mahu Sampaikan Sesuatu” – Awal Ashaari

Ahad lalu menjadi titik hitam buat pelakon dan pengacara popular Awal Ashaari kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa dalam perjalanan menuju ke lokasi Jom Heboh di Melaka.

ADVERTISEMENT

Walaupun, kereta BMW 6 Series milik Awal mengalami kerosakan teruk, Awal hanya mengalami kecederaan ringan sahaja dan telah dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur dari Hospital Besar Melaka petang Ahad lalu.

Menurut isterinya Scha Alyahya, 32, walaupun Awal masih lagi trauma dengan kemalangan tersebut mereka bersyukur apabila pemeriksaan sinar-X yang dilakukan di Hospital Melaka tidak menunjukkan sebarang kecederaan serius.

“Alhamdulillah dia baik dan saya bersyukur dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius selepas pemerikasaan semalam (Ahad).

“Dia beritahu saya apa yang dia rasa cuma sedikit trauma sahaja,” katanya

Menurut Awal pula, terselamat dari kemalangan ngeri itu seolah-olah satu keajaiban pada dirinya.


“Bagai mati hidup semula, ia benar-benar satu keajaiban jika dilihat pada keadaan kereta yang remuk teruk. Hanya selepas 9 jam menerima rawatan, baru saya bersedia melihat gambar keadaan kereta yang dinaiki selepas kemalangan.

“Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan usia. Ia bagaikan satu keajaiban dan mungkin Allah SWT mahu menyampaikan sesuatu.”

OHMEDIA: Nahas jalanraya boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Semoga kita semua turut sama berhati-hati.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas