Connect with us

Oh! Media

Awal Ashaari Dedah Barang Dicuri Semasa Kemalangan

Umum

Awal Ashaari Dedah Barang Dicuri Semasa Kemalangan

 

ADVERTISEMENT

Pelakon dan pengacara popular Awal Ashaari yang baru sahaja mengalami kemalangan jalanraya baru-baru mendedahkan beberapa barangan peribadinya hilang akibat dicuri ketika kemalangan tersebut.

Antara barang yang hilang adalah kasut yang dipakainya ketika hari kejadian. Awal, 34, tidak menyangka ada pihak tergamak berbuat demikian dan mengambil kesempatan ketika orang lain dalam kesusahan.

“Saya tahu selalunya apabila berlakunya kemalangan, ada saja orang yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian yang berlaku terutamanya mencuri barang- barang mangsa.

“Bagi saya itu tidak patut kerana mereka perlu menghulurkan bantuan. Saya juga mengalami nasib yang sama apabila beberapa barangan keperluan penggambaran milik saya diambil.

“Peliknya kasut yang saya pakai pun boleh hilang. Mujurlah dompet saya tidak dicuri,” katanya kepada mStar Online.

Awal dan isterinya, Scha Al-Yahya telah mengadakan kenduri doa selamat dan bersyukur kerana tiada kecederaan serius yang dialami.

OHMEDIA: Setiap kejadian pastinya ada hikmah. Semoga Awal dan keluarga menempuhi kehidupan dengan lebih baik.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas