Connect with us

Oh! Media

Arab Saudi Bangunkan Aplikasi Yang Membolehkan Ketua Keluarga Pantau Pergerakan Wanita Jagaan Mereka

Umum

Arab Saudi Bangunkan Aplikasi Yang Membolehkan Ketua Keluarga Pantau Pergerakan Wanita Jagaan Mereka

Arab Saudi kini telah melancarkan satu aplikasi pintar yang dikatakan mampu membolehkan para suami untuk mengesan lokasi isteri mereka pada setiap masa dan ia kini telah digunakan lebih 1 juta pengguna.

ADVERTISEMENT

Aplikasi tersebut dibangunkan sendiri oleh kerajaan Arab Saudi iaitu seorang indivdu bernama Absher. Aplikasi itu hanya memerlukan seorang lelaki dalam sesebuah keluarga yang boleh menetapkan bila dan bagaimana seorang wanita di bawah jagaannya untuk bergerak dari luar rumah atau ke mana sahaja.

Sekiranya ada pergerakan mencurigakan, makluman akan disampaikan kepada keluarga wanita itu. Di bawah undang-undang Arab Saudi, lelaki yang menjadi penjaga sah kepada golongan wanita boleh mengehadkan pergerakan mereka termasuk menggunakan jalan raya dan lapangan terbang tertentu sahaja.

Walaubagaimanapun, perkara ini pasti akan mendapat tentangan dari aktivis barat apabila ia mengatakan aplikasi ini hanya menindas dan melanggar hak asasi golongan wanita sedangkan ia amat bertepatan dengan apa yang diajar Islam.

Selain itu, mereka turut mempersoalkan tindakan Google dan Apple yang membenarkan aplikasi ini dibangun dan digunakan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas