Connect with us

Antara Risiko Mendapat Jangkitan Covid-19 Ketika Memakai Glove

Oh! Lifestyle

Antara Risiko Mendapat Jangkitan Covid-19 Ketika Memakai Glove

Mungkin tidak semua tahu bahawa penggunaan glove boleh menjadi punca untuk virus COVID-19 merebak. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi beberapa perkara yang berisiko untuk mendapat jangkitan dari penggunaan glove.

1. Kurang Mencuci Tangan

Disebabkan telah selesa memakai glove, ianya akan membuatkan korang menjadi malas untuk mencuci tangan menggunakan sabun dan sanitizer. Jika kehabisan glove pasti korang tetap kurang basuh tangan kerana tidak menjadikan ia sebagai rutin dan tabiat.

2. Buang Sesuka Hati

Bayangkan bila korang pakai glove dan jarang untuk tukar, pastinya virus itu akan berada di setiap tempat yang korang sentuh. Jika di rumah baru korang nak buka glove, kini virus tersebut berada di rumah korang. Ini termasuk bila glove tersebut dibuang sesuka hati kerana COVID-19 boleh bertahan selama 8 jam di atas permukaan glove tersebut.

3. Tidak Pakai Dengan Betul

Ramai beranggapan dengan memakai glove boleh melindungi mereka dari kuman. Walaubagaimanapun, kuman tetap akan berada di tangan atau tubuh badan jika korang tidak pakai glove dengan betul. Korang juga mempunyai risiko untuk terkena jangkitan COVID-19 jika menyentuh permukaan muka secara tidak sengaja.

OHMEDIA: BASUH TANGAN MENGGUNAKAN SABUN SELAMA 20 SAAT SERTA KERAP SANITASI KITA BERADA DI LUAR LEBIH DIGALAKKAN UNTUK MENCEGAH DARI DIJANGKITI COVID-19

+ Baca respon pembaca antara risiko mendapat jangkitan covid-19 ketika memakai glove di Facebook Oh! Media

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

To Top