Connect with us

Oh! Media

Hairul Azreen Secara Rasmi ‘Pro Player’ Mobile Legend Untuk Pasukan SRG

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Arena

Hairul Azreen Secara Rasmi ‘Pro Player’ Mobile Legend Untuk Pasukan SRG

Selepas lama berehat sebagai seorang pelakon, Hairul Azreen, kini mengorak langkah baru dalam dunia e-sukan apabila diterima sebagai pemain profesional Mobile Legend untuk pasukan Selangor Red Giants (SRG).

Perkembangan terbaru ini dikongsikan oleh Hairul menerusi laman Instagram, di mana dia meluahkan rasa syukur atas peluang yang diberikan selepas meninggalkan kerjaya seni lakonan.

Hairul Azreen kini bergelas Pemain Profesional Mobile Legend…

Dalam hantaran tersebut, Hairul, atau nama penuhnya Hairul Azreen Idris, memohon agar orang ramai mendoakan perjalanan baharunya ini dipermudahkan. Dia juga berjanji akan memberikan yang terbaik untuk pasukan SRG.

IKLAN

Alhamdulillah selepas berhenti berlakon, saya diterima sebagai pro player Mobile Legend team @srg.esportsmy. Doakan untuk saya dan saya akan cuba yang terbaik!.- Tulisnya.

Peminat tak sabar nak lihat aksi Hairul…

Screenshot

Tidak mengambil masa lama, ruangan komen di Instagram Hairul dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat dan netizen yang teruja dengan perkembangan baru ini.

Ramai yang kagum dan menganggap Hairul sebagai inspirasi kerana bukan mudah untuk menjadi pemain profesional dalam pasukan besar seperti SRG.

Sejarah manis SRG di MSC 2024…

Img 7125

Sekadar info, pasukan Selangor Red Giants (SRG) baru-baru ini mencipta sejarah gemilang apabila menjuarai Piala Pertengahan Musim MLBB, MSC 2024 di Arab Saudi.

Kemenangan itu menamatkan penantian 7 tahun pasukan dari Malaysia untuk meraih gelaran tersebut. Dengan kejayaan ini, SRG berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM4.7 juta, selain trofi MSC yang cukup berprestij.

#OhmediaNasihat

Keberanian Hairul Azreen untuk mencuba sesuatu yang baru membuktikan bahawa tidak ada had dalam mengejar impian, walaupun ia berbeza daripada kerjaya asal.

Apa yang penting adalah semangat dan usaha untuk terus maju. Jangan takut untuk keluar dari zon selesa, kerana kejayaan sering kali menanti di luar kebiasaan kita.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Ke Atas