Connect with us

Oh! Media

“Anita Sarawak Tidak Pernah Cerai” – Noorkumalasari

Umum

“Anita Sarawak Tidak Pernah Cerai” – Noorkumalasari

Susulan gosip penceraian penyanyi hebat Anita Sarawak dan suaminya Mahathir baru-baru ini, adik penyanyi itu iaitu Noorkumalasari, 59, menafikan perkara tersebut dan menyatakan bahawa ianya adalah berita yang tidak benar sama sekali.

ADVERTISEMENT

“Kali terakhir saya berbual dengannya menerusi telefon kira-kira dua bulan lalu dan saya sendiri bertanya kepadanya tentang gosip mengatakan dia sudah berpisah dengan Mahathir dan dia memberitahu perkara itu tidak benar.

“Laporan yang keluar mengenai perkara itu adalah fitnah dan ini bukan perkara baru. Paling baik mendoakan kebahagiaannya dengan suaminya,” kata Noorkumalasari ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Noorkumalasari, adiknya itu tidak bercadang untuk kembali menetap atau pulang bercuti ke Malaysia dalam masa terdekat kerana lebih selesa berada di Las Vegas.




Jelasnya lagi, Anita tidak mahu meninggalkan rumah yang telah dibelinya di negara itu selain gembira dengan kehidupannya sebagai suri rumah sepenuh masa disamping suami tersayang, Mahathir.

“Kehidupannya adalah di Las Vegas malah dia tidak berhasrat untuk pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Bukannya kerana dia sudah bercerai atau ingin mengelak daripada sesiapa sebaliknya dia gembira dengan kehidupannya sebagai suri rumah selain menguruskan bisnes bersama suami,” ujarnya.

OHMEDIA: Semoga segalanya baik-baik sahaja buat Anita Sarawak. Seluruh peminat di Malaysia amat merindui Kak Nita.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas