Connect with us

Oh! Media

Anita Sarawak Jatuh Sakit?

w2bi2bn2ba2bt2br2bi2bp2bt2bopng

Umum

Anita Sarawak Jatuh Sakit?

Sudah lama kita tidak mendengar khabar berita dari seorang penyanyi popular dan bertaraf antarabangsa, Anita Sarawak yang menyepi sejak pertengahan tahun 2011 sehingga ke hari ini.
Sehingga kini masih menjadi tanda tanya kepada peminat-peminatnya akan keadaan beliau sekarang. Terbaharu, ada seorang peminat mendakwa pernah bertemu dengan Anita setahun lalu.
Dia yakin bertemu Anita atau mesra dengan panggilan Kak Nita itu di sebuah restoran di Ang Mo Kio, Singapura bersama seorang lelaki Mat Saleh berambut hitam dipercayai adalah suaminya, Mahathir Abdullah.
“Saya yakin wanita itu adalah Kak Nita. Mendengar suara dan bibirnya sudah kenal. Namun begitu, wajahnya cengkung dan rambutnya tidak diwarnakan lagi.
“Saya tengok Kak Nita sudah nampak lain, raut wajahnya seperti orang sakit. Ketika memerhatikannya, dia sedang makan ubat.
“Saya duduk tak jauh hanya dua meja daripadanya dan saya percaya, itulah Kak Nita kerana saya duduk bertentang dengannya,” kata peminat itu.
Dalam perkembangan lain, dari makluman Sinar Harian, difahamkan bahawa Kak Nita atau nama sebenarnnya Ithnaini Mohd Taib, 66, kini dikatakan sedang mendapatkan rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Oh! Media : Marilah kita doakan agar beliau dalam keadaan baik-baik sahaja dan pastinya peminat-peminat kesayangan Kak Nita amat merindui nyanyiannya.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

IKLAN

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas