Connect with us

Oh! Media

Anak Shah Kembali Bernyawa Seketika Selepas Disahkan Meninggal Dunia? Seriously!?

Umum

Anak Shah Kembali Bernyawa Seketika Selepas Disahkan Meninggal Dunia? Seriously!?

Korang nak tahu tak, menurut laporan daripada mStar Online, anak kepada penyampai radio THR Gegar Shah iaitu Aliff Khalifah disahkan meninggal dunia pada pukul 5 petang semalam (Rabu) selepas alat bantuan pernafasan dicabutkan.


Yang lebih mengejutkan, selepas 10 minit disahkan meninggal, anaknya kembali bernyawa gais! Allahuakhbar, korang tengok kebesaran Allah SWT tu sampaikan Shah dan isterinya terkejut apabila melihat anaknya masih bernyawa, keluar suara dan buka mata.

ADVERTISEMENT

Syukur alhamdulillah, lepas mesin dicabut pun baby Shah masih okay dan doktor membenarkan diorang untuk bawa pulang baby ke rumah selepas boleh bernafas sendiri tanpa mesin. Kuatnya awak!

Alhamdulillah, anak saya bernyawa semula! Jujurnya saya memang mengharapkan keajaiban berlaku dan ternyata Allah nak tunjukkan kebesaranNYA. Aliff tiba-tiba tersedak dan dia masih bernyawa, keluar suara dan dia buka mata! Saya terkejut…dia masih bernyawa sehingga sekarang. Doktor terkejut, lepas mesin dicabut baby masih okay…Doktor arahkan kami bawa pulang anak selepas bayi boleh bernafas sendiri tanpa mesin. Saya gembira tetapi masih risau kerana tidak pasti dengan keadaan dia sekarang ini. Saya harap anak saya kembali sihat dan serahkan segalanya kepada Allah SWT.


Terkini: Walau bagaimanapun, Aliff Khalifah telah disahkan meninggal dunia kira-kira pada pukul 2 pagi hari ini. Semoga anak syurga ni kembali bersatu dengan ibu bapanya di syurga kelak. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.

Sumber: mStar Online

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas