Connect with us

Oh! Media

“Contoh Kalau Kita Besarkan Jalan Pun, Guna Setahun Sekali Tiada Makna Juga” – Timbalan MB Kelantan

Amar Tmb Kelantan

Trending

“Contoh Kalau Kita Besarkan Jalan Pun, Guna Setahun Sekali Tiada Makna Juga” – Timbalan MB Kelantan

Viral di media sosial video berdurasi 0:19 saat memaparkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjawab persoalan mengenai isu jalan raya di Kelantan.

BACA: “Ingat Jalan Je Berlubang..” – Netizen Kecam Signboard ‘Rongak’ Di Kelantan

Seperti yang umum sedia maklum, selain masalah air, penduduk turut berdepan kesesakan lalu lintas yang luar biasa lebih-lebih lagi apabila tiba musim perayaan atau cuti-cuti yang lain.

IKLAN

Ini berikutan ramai anak perantau pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Dalam video tular yang dimuat naik semula oleh Kelantan State, Mohd Amar berpandangan masalah ini perlu dihadapi lagi pula ianya setahun sekali sahaja. Lebih menimbulkan perdebatan apabila beliau menyatakan tiada makna besarkan jalan jika untuk digunakan hanya setahun sekali.

Setakat ini perkongsian telah mendapat lebih 600 shares dan 900 komen. Pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen selepas mendengar kenyataan itu.

@azizolmohamad Mutiara Kata Indah Buat Perantau – "besarkan jalan pun, kalau guna sekali setahun tak ada makna juga" #nikamar #kelantan ♬ Joget Kelantan – Nora
Amar1a
Amar3a
Amar2a 1
Amar4a

Apa pendapat korang pula?

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas