Connect with us

Oh! Media

Amy Search Buka Sekolah Tahfiz, Anggap Bekalan Akhirat

Umum

Amy Search Buka Sekolah Tahfiz, Anggap Bekalan Akhirat

Amy Seach iaitu vokalis kumpulan rock terkenal Seach telah berjaya melaksanakan impiannya untuk menubuhkan sebuah sekolah Tahfiz, Al-Bayan School of Quran & Hadith di Sungai Buloh awal tahun lalu.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, pemilik nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman, 57 ini memberitahu bahawa dia tidak akan meninggalkan bidang seni dan menganggap pembukaan sekolah itu sebagai bekalan amalannya di dunia dan akhirat.


“Apa yang saya lakukan ini (membuka sekolah Tahfiz) mengikut apa yang termampu dalam mengimbangkan bekalan amalan saya di dunia dan akhirat.

“Pun begitu saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bersara daripada industri muzik kerana itu semua ditentukan oleh Allah.

“Kini kami mempunyai seramai 15 orang pelajar dan itu sudah mencukupi kerana tempat tersebut tidak dapat menampung jumlah bilangan pelajar yang ramai.

“Pada masa sekarang biar saya fokus dulu dengan apa yang ada kerana bila semua berjalan dengan lancar kita akan tambahkan lagi tahfiz yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Amy menjelaskan bahawa dia kini sedang sibuk untuk menyiapkan album sendiri terbaru yang bakal dilancarkan pada Ogos depan.



OHMEDIA: Bertuah Amy, diberi peluang dan kesempatan untuk memiliki sebuah sekolah tahfiz. Semoga terus berjaya dunia akhirat.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas