Connect with us

Oh! Media

Amira Othman Kena Pijak Di Makkah? Alamak!

Umum

Amira Othman Kena Pijak Di Makkah? Alamak!

Korang nak tahu tak baru-baru ini Amira Othman dapat merasakan pengalaman baru time dia menunaikan ibadah haji? Lagi-lagi dia kena pijak pula dekat sana. Allahuakhbar! Bukan apa, sebenarnya dia dan Wany Hasrita ikut turn untuk jaga diri masing-masing nak solat depan Kaabah. Siapa je taknak solat betul-betul depan Kaabah kan?

ADVERTISEMENT

Lagipun, mesti dia nak jaga barang-barang diorang juga. Kot lah hilang? Korang bayangkanlah ada tiga juta orang gais dekat sana tengah melalukan ibadah Allah. Semua tengah berebut mencari pahala, yang korang tu asyik mengutuk orang dapat pahala ke gais? Hahaha. Sis kesian dekat Amira sebab kena pijak dengan jemaah time menunaikan solat sunat.

Untung betul Wany Hasrita dan Amira Othman sebab diorang actually dapat pergi ke situ sebab dijemput oleh kerajaan Arab Saudi tau. Fuh, macam manalah diorang boleh dapat kan? Sis berharap pada satu hari nanti kita semua dapat jadi tetamu Allah. Boleh bawa mak ayah sekali pergi situ.

Di sana kami banyak berjalan dan jaraknya pula jauh-jauh. Sebelum pergi saya demam, batuk dan tonsil saya membengkak. Alhamdulillah, urusan kami di sana dipermudahkan dan biasalah kalau ditanya tentang doa, ada juga diselitkan tentang jodoh. Sebagai seorang anak juga saya berdoa agar diberikan peluang lagi sekali untuk ke sana bersama keluarga saya. Kalau dulu saya menunaikan umrah bersama adik sahaja. Sepanjang di sana saya cuba elak untuk memandang orang sebab takut terdetik. Jadi berjalan pun tunduk saja dan saya tak pakai pun kanta lekap. Bayangkan ada tiga juta orang di sana ketika itu, ketika Solat Sunat Tawaf saya sendiri kena pijak dan dilangkah disebabkan orang terlalu ramai. Tetapi sememangnya itulah situasinya, jadi kami bergilir-gilir menjaga satu sama lain ketika solat. Ketika di Raudhah pula, ada wanita Arab yang sanggup menghalang orang ramai daripada merempuh kami ketika sedang mendirikan solat di saf paling hadapan.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Wayang


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas