Connect with us

Oh! Media

Harga Murah PS5 Tersebar! Amazon Maklumkan Ia Palsu

Umum

Harga Murah PS5 Tersebar! Amazon Maklumkan Ia Palsu

Sebentar tadi dikatakan Amazon sekali lagi secara tak sengaja terbocorkan harga bagi Sony PlayStation 5 dan kemudian memadamnya semula, tapi sempat dikesan oleh pengguna. Jadi berapa harga sebenar PS5 ini?

ADVERTISEMENT

OMG Gaming Esport sebelum ini juga telah membuat anggaran harga pada sekitar 399€ bagi PS5 Digital dan 499€ bagi PS5.




Jika kita tukar kepada Ringgit Malaysia, harga anggaran bagi 2 jenis peranti ini adalah pada sekitar RM2,404.18 dan RM1,921.11.

Pengguna sosial media Ben Geskin antara yang terawal berjaya mengambil paparan skrin terbabit.



Bagaimanapun, Bes Geskin sekali lagi menaikkan satu posting terbaru mengatakan bahawa gambar terbabit telah dinaikkan oleh @PlayEXP dan disahkan Amazon bahawa ia adalah berita palsu.

Ini bermakna harga murah yang tersebar itu adalah mimpi disiang hari semata-mata. Haha! Bagaimanapun kami di Ohmedia masih yakin yang Sony tidak akan mengeluarkan harga yang terlalu mahal bagi PS5 ini.



Bagi pandangan Ohmedia, jika Sony memutuskan penjualan PS5 pada harga yang terlalu tinggi, ia kesilapan yang besar! Jika dulu sony hanya harapkan keuntungan dari penjualan console dan penjualan game fizikal. Sekarang mereka sudah boleh dapatkan keuntungan dari medium digital.

Ini memandangkan, ramai pemain yang sudah selesa dengan pembelian secara digital dengan tawaran permainan percuma setiap bulan. Jadi Sony perlu pastikan lebih ramai mampu memiliki PS5 jika nak lebih untung dan sudah pasti perlu lawan harga pesaing juga iaitu Xbox. Haha!

OHMEDIA: APA PANDANGAN KORANG TENTANG HARGA YANG TERBOCOR INI?

+ Baca respon pembaca yang nak beli PS5 di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas