Connect with us

Oh! Media

(Gambar) Amar Baharin Cedera Ditumbuk Pelakon Baru

ohartis amar baharin ditumbuk artis barujpg

Umum

(Gambar) Amar Baharin Cedera Ditumbuk Pelakon Baru

Pelakon Amar Baharin mengalami kecederaan dibahagian kening akibat ditumbuk oleh seorang pelakon baru ketika menjalani pengambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga pagi semalam.

Kejadian berlaku ketika dia bersama 10 orang pelakon tambahan yang lain berlakon dalam babak aksi dan telah terkena tumbukan salah seorang dari mereka iaitu Redza.

“Ketika kami sedang berlawan, saya tidak sempat untuk menepis tumbukan lawan saya. Tetapi masa itu saya tak rasa sakit.

“Dua jam selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan ia perlu dijahit,” katanya kepada mStar online.

Bagaimanapun Amar, 30, meminta agar doktor tidak menjahit lukanya sehingga dia selesai menjalani pengambaran drama arahan Rashid Sibir itu.

IKLAN
————————————————————

https://www.facebook.com/ohperfumenista

Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

Amar juga memaklumkan, drama adaptasi novel berjudul Cik Bunga Encik Sombong yang akan memulakan pengambaran pada Isnin akan ditangguhkan sehingga lukanya sembuh. 

“Mengikut kata doktor, saya perlu berehat sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sehingga kesan koyak itu pulih.

“Apapun terpulang pada pihak produksi adakah mereka mahu menunda penggambaran tersebut,” ujarnya.

OHMEDIA: Semoga cepat sembuh buat Amar. Habis muka kacak berparut nanti.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas