Connect with us

Oh! Media

Almy Nadia Kecewa Jadi Mangsa Fitnah Kerana Hamil Sebulan

Umum

Almy Nadia Kecewa Jadi Mangsa Fitnah Kerana Hamil Sebulan

Mungkin ramai yang dah tahu Almy Nadia kini berbadan dua hasil perkongsian hidup bersama Fizz Fairuz. Namun Almy Nadia agak kesal kerana kalau boleh dia tak mahu dedahkan berita kehamilannya yang kini berusia sebulan, demi mengelak fitnah.

ADVERTISEMENT


BACA: (Tahniah) Almy Nadia Hamil 4 Minggu


“Saya kalau boleh tidak mahulah berita ini terlalu didedahkan kepada umum kerana macam-macam benda boleh terjadi. Bukannya saya sengaja tidak mahu kongsi mengenai perkara yeng menggembirakan ini bersama peminat, cuma saya mengambil langkah berjaga-jaga. Sedangkan bila saya diam pun masih ada yang fitnah dan mempersoalkan tentang kehamilan saya, saya tidak tahu apa salah saya pada mereka jadi biarlah.

“Sebelum berkahwin pun saya dah dilanda berbagai-bagai kontroversi. Masa lalu telah banyak mengajar saya. Kami sekeluarga telah mengambil keputusan untuk tidak membicarakan hal ini secara terbuka… Yang mana saya rasa perlu kongsi saya akan kongsi,” ulasnya dengan tegas.

Berita mengenai Almy Nadia hamil bukanlah dihebohkan sendiri oleh beliau tapi diketahui melalui status yang dimuat-naik oleh sahabatnya di Instagram beberapa hari lalu. Disebabkan itu ada peminat yang tertanya-tanya mengapa bukan Almu sendiri yang berkongsi berita gembira tersebut.

Oh! Media: Mungkinlah niat kawan Almy tu nak berkongsi berita gembira tapi tak sangka pula lain jadinya kan?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas