Connect with us

Oh! Media

(Tahniah) Anak Arwah Sharifah Aini, Aliff Omar Selamat Mendirikan Rumahtangga

Aliff2bomar2b1jpg

Umum

(Tahniah) Anak Arwah Sharifah Aini, Aliff Omar Selamat Mendirikan Rumahtangga

Tahniah buat Aliff Omar iaitu anak kepada arwah biduanita negara Datuk Sharifah Aini kerana selamat mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya iaitu Nur Athirah Syed Azmi Sabtu lalu.

Majlis perkahwinan yang cukup meriah itu diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam dengan kehadiran hampir 1000 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan artis.

Bapa Aliff iaitu Ali Bakar memberitahu bahawa dia berasa bersyukur kerana hasrat untuk melihat anaknya untuk beristeri sudahpun tercapai.

IKLAN

“Alhamdulillah, mereka menjalinkan hubungan selama dua tahun. Selepas 44 hari arwah (Sharifah Aini) meninggal dunia, Aliff terus membuat persiapan perkahwinan.

“Tambah pula Aliff mahu majlis yang sederhana, jadi kami tunaikan permintaannya. Semoga perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat, InsyaAllah,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Aliff, sah bergelar suami kepada Athirah, yang merupakan seorang doktor gigi dengan sekali lafaz pada pukul 11.20 pagi di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Aliff merupakan anak tunggal Sharifah Aini, hasil perkahwinannya dengan penganjur konsert, Ali Bakar pada tahun 1981.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas