Connect with us

Oh! Media

(Gambar) Aksi Remy Ishak dan Gadis Cantik Berasmara Atas Batu

Umum

(Gambar) Aksi Remy Ishak dan Gadis Cantik Berasmara Atas Batu

Lama tak dengar cerita tentang pelakon macho hitam manis, Remy Ishak. Baru-baru ini Remy menafikan dakwaan yang dia telah bertunang namun sebenarnya majlis pertunangan yang maksudkan adalah pertunangan bongsu adiknya.

ADVERTISEMENT

Sementara itu, muncul dua keping gambar kelihatan Remy sedang bermadu asmara dengan seorang gadis diatas batu. Adakah gadis tersebut adalah cinta hati Remy?

Sebenarnya, ia merupakan salah-satu babak yang dalam filem terbaru Pilot Cafe yang dilakonkan bersama Izara Aisyah. Menurut Remy babak tersebut merupakan yang paling mencabar yang pernah dilakonkan.

“Babak saya dan Maya (lakonan Izara Aishah) berasmara antara babak mencabar pada saya. Babak itu di mana kami berdua berbaring di atas batu di pantai. Ketika penggambaran babak itu, ombak sangat besar.

“Sebelum buat babak itu aya ada beritahu Izara yang saya rasa takut sebab memang ombak kuat pada masa itu. Ada sekali kami dipukul ombak dan hampir hanyut. Mujurlah tangan saya mencengkam kuat pada batu tersebut.

“Ketika lakukan babak itu juga kaki saya tercucuk batu karang yang ada di celah batu tersebut dan mengalami pendarahan. Kesannya sampai sekarang di tapak kaki saya ada satu lubang kecil akibat tusukan karang itu,” kongsinya kepada Malaysian Digest.

Filem Pilot Cafe ini turut diterajui oleh barisan pelakon hebat antaranya, Neelofa, Fahrin Ahmad, Datuk Eizlan Yusof, Keith Foo, Aisyah ilyas, Ainul Aisyah dan ramai lagi. Filem ini dijadualkan akan mula ditayangkan di pawangan pada 30 April ini.

OHMEDIA: Filem Malaysia dah macam filem Bollywood dah zaman sekarang. Dah tiada batas langsung.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas