Connect with us

Oh! Media

Akibat Percaya Petua TikTok, Kucing ‘Berubah’ Menjadi Lebah

Kucing

Umum

Akibat Percaya Petua TikTok, Kucing ‘Berubah’ Menjadi Lebah

Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang menjadi kegemaran masyarakat bagi menjadikan ia sebagai salah satu daripada keluarga kita. Aksi comel serta bulu yang lebat sudah cukup untuk membuatkan hati masyarakat cair melihat karenah si comel itu.

Namun, tidak disangkal bahawa setiap haiwan berbulu termasuk manusia pasti akan didatangi kutu. Ia tidak pernah lari daripada seekor mahluk bernama kucing dihinggapi kutu membuatkan kucing sentiasa menggarukan badannya sehingga mampu menyebabkan masalah kulit seperti kurap ataupun luka.

Terdapat banyak petua yang dapat kita cari melalui laman internet dan kebanyakkannya menggunakan barangan herba. Namun, kisah seekor kucing yang dijangkiti kutu berubah menjadi warna seekor lebah apabila pemilik kucing tersebut mendapatkan idea petua daripada aplikasi TikTok.

IKLAN

Kisah mencuit hati ini dikongsikan oleh seorang wanita bernama Afifah Roslan, 31, memilih menggunakan petua kunyit sehingga menyebabkan kucingnya berubah menjadi kekuningan berbanding warna asalnya iaitu hitam putih.

Screenshot 215 1
Kucing yang bernama Lolo berubah menjadi kuning selepas dimandikan mengikut petua ni TikTok Sumber Mstar

Tetapi, Afifah turut mengatakan bahawa memandikan kucingnya yang bernama Lolo itu dengan kunyit membuahkan hasil, namun mengakui terlebih menggunakan kunyit tersebut.

Serius guys masa mandikan dia memang keluar kutu tapi bukan semua.

Rasanya ni terlebih kunyit sebab video yang saya tengok di TikTok takdelah pekat macam ni.

Maafkan mama ya sebab jadikan awak kuning.

Memetik laporan Mstar, Afifah berkata sebelum ni memang dia menggunakan ubat kutu, tetapi sudah habis dan perlu menunggu lama untuk mendapatkan yang baharu sehingga bertindak menggunakan petua traditional itu.

Saya letak serbuk kunyit campur garam kasar, masukan ke dalam baldi dan campurkan dengan air suam. Kemudian mandikan Lolo.

Afifah turut mengatakan bahawa warna kuning pada kucing parsi campuran kampung itu kini memudar selepas hampir seminggu memandikannya.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas