Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Farid Kamil Buka Mulut Isu Isteri Tampil Seksi Dalam Majalah

farid kamil diana daniellejpg

Umum

Akhirnya Farid Kamil Buka Mulut Isu Isteri Tampil Seksi Dalam Majalah

Baru-baru ini, kecoh tentang aktres cantik jelita Diana Danielle tampil agak seksi dalam sesi photoshoot untuk majalah hiburan tempatan. Perkara tersebut berlaku sebanyak dua kali.

Diana dan suaminya, Farid Kamil mengambil pendekatan untuk berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang komen tentang isu tersebut biarpun menerima kritikan dan kecaman hebat dilaman sosial.

Walaubagaimanapun, Farid Kamil mengakui agak terkilan dengan kontroversi isterinya dan menjelaskan perkara tersebut seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan Diana iaitu Prokuya Studio yang juga dimiliki oleh adiknya sendiri Fadzil Zahari.

IKLAN

“Saya tidak mahu komen tentang perkara itu kerana ia adalah hal peribadi kami, cukuplah saya katakan bahawa saya terkilan dengan kontroversi tersebut. Perkara ini seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan dia kerana ia adalah di bawah tanggungjawab pengurusan itu,” ujarnya kepada mStar Online semasa majlis pratonton filem terbarunya Abang Lejen semalam.

Farid juga turut mengakui kontroversi yang melanda isterinya merupakan suatu dugaan yang berat dan tidak dijangka. Namun Farid menganggap ia sebagai cabaran seorang artis menuju ke fasa bergelar seorang lagenda. 

OHMEDIA: Haizz! Macam tu pula ya. Semoga pasangan suami isteri ini diberi hidayah dan rahmat Allah sentiasa.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas