Connect with us

Oh! Media

Aidil Zafuan Tidak Setuju Tuntutan Mutaah RM300,000 Rita Rudaini

aidil2bzafuan2bdan2brita2brudaini2b1jpg

Umum

Aidil Zafuan Tidak Setuju Tuntutan Mutaah RM300,000 Rita Rudaini

Pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan tidak bersetuju dengan nilai tuntutan mutaah sejumlah Rm300,000 yang dibuat oleh bekas isterinya iaitu aktres cantik Rita Rudaini.

Aidil menerusi peguamnya, Rushdan Sujak Rafie memfailkan pembelaan semalam dengan memberikan alasan bahawa nilai mutaah yang dituntut oleh Rita Rudaini sebagai melampaui jumlah yang sepatutnya.

“Anak guam saya tidak bersetuju dengan nilai yang dituntut oleh bekas isterinya,“ katanya kepada wartawan di luar mahkamah.

“Saman diterima oleh Aidil Zafuan adalah singkat sebelum kes ini disebut, dia juga tidak sempat untuk membuat lantikan peguam. Pada kali ini dia juga tidak hadir atas alasan menyertai pasukan kebangsaan untuk perlawanan persahabatan di China sebelum menyertai Sukan Asia,”katanya.

Mahkamah menetapkan 9 Oktober sebagai sebutan semula kes tersebut. Sebelum ini, Rita Rudaini yang juga seorang pelakon terkenal memfailkan tuntutan tersebut pada 7 Julai lalu.

IKLAN
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas