Connect with us

Oh! Media

Aidil Zafuan Mengaku Guna Nombor Isteri Sebab Rita Block Nombor

Umum

Aidil Zafuan Mengaku Guna Nombor Isteri Sebab Rita Block Nombor


Semalam kecoh dengan pendedahan aktres Rita Rudaini tentang nombor telefon yang dikatakan telah menganggunya di tengah malam. Ramai yang merujuk nombor itu adalah nombor Zarema Zainal iaitu isteri kepada bekas suaminya, Aidil Zafuan.

ADVERTISEMENT

Manakala Aidil pula bertindak membuat laporan polis tentang isu berkenaan. Menurut pemain bola sepak kebangsaan itu, perbuatan bekas isterinya itu benar-benar melampaui batas kerana dengan pendedahan itu telah mengakibatkan privasinya dan isteri terganggu.

“Walaupun dia tidak menyatakan dalam Instagramnya nombor itu siapa tetapi menerusi kapsyen gambar, dia seolah-olah meminta peminatnya menyiasat nombor siapakah itu. Kemudian dia juga mendedahkan nombor telefon saya pada bahagian komen.

“Perkara itu membuatkan saya dan isteri menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali tanpa henti. Ini dikira sudah mengganggu privasi kami,” katanya.

——————————————————– 
https://www.facebook.com/ohperfumenista 
Promosi hebat di Oh! Perfumenista
Hanya RM110 sahaja untuk 2 Perfume. FREE POSTAGE + FREE TESTER
Boleh campur brand
Whatsapp – 0122553390

Ditanya mengenai sejauhmana kebenaran tuduhan Rita bahawa isterinya Zarema ada menelefon Rita, Aidil menjawab dan mengakui nombor telefon tersebut adalah milik isterinya. 

Aidil menjelaskan bahawa dia cuba menelefon Rita kerana ingin bercakap dengan anak-anaknya, dan juga berhasrat untuk menjemput mereka ke majlis cukur jambul anaknya bersama Zarema namun panggilan itu tidak berjawab.

“Diakui saya cuba menghubungi Rita menggunakan telefon bimbit isteri saya kerana Rita telah sekat nombor saya agar tidak boleh menghubunginya.

“Saya menelefon dia pun ada sebabnya, mahu bercakap dengan anak-anak tetapi dia tidak menjawab panggilan itu.

“Mengapa dia nak menipu mengatakan nombor Zarema itu kerap menghubunginya? Saya tidak faham apa tujuan dia berbuat demikian,” ujar Aidil dengan nada kesal.

OHMEDIA: Macam-macam isu yang kesudahan diorang ni. Bilalah agaknya  mereka ni nak settle down?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas