Connect with us

Oh! Media

Aidil Zafuan Diperintah Bayar Rita Rudaini Saguhati RM30,000

Ohmedia aidil bayar rita rm30ribujpg

Umum

Aidil Zafuan Diperintah Bayar Rita Rudaini Saguhati RM30,000

 

Pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Razak diperintah oleh Mahkamah Tinggi Syariah membayar wang saguhati perceraian sebanyak RM30,000 kepada bekas isterinya, Rita Rudani.

Jumlah itu adalah 10 peratus daripada jumlah tuntutan mutaah sebenar RM300,000 yang diminta Rita, 39, selaku plaintif ketika dia memfailkan kes itu pada 7 Julai 2014.

IKLAN

Hakim Syarie, Mawardi Che Man membuat keputusan itu selepas mendengar dan meneliti hujah kedua-dua pihak sepanjang kes tersebut dibicarakan sebelum ini.

Dalam keputusannya setebal 50 muka surat itu, mah­kamah memutuskan Rita layak menerima tuntutan mutaah itu berdasarkan dua faktor iaitu kemampuan Aidil selaku defendan yang boleh dikategorikan sebagai hidup mewah serta keadaan dan ke­perluan plaintif.

“Oleh itu tuntutan itu dibenarkan mahkamah dan defendan diperintah membayar RM30,000 sebagai saguhati perceraian,” kata Mawardi.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas