Connect with us

Oh! Media

SOP Pembukaan Semula Masjid & Surau Telah Dipersembah Kepada Agong

20191102 144342jpg

Umum

SOP Pembukaan Semula Masjid & Surau Telah Dipersembah Kepada Agong

Banyak juga perkara yang perlu diteliti dan disiapkan sebelum membuka semula Masjid dan Surau yang ditutup sejak 18 March 2020 berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri mengesahkan SOP untuk membuka semula Masjid dan Surau ini sudahpun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan.

Saya tahu ramai umat Islam rindu untuk ke masjid, terutama untuk mendirikan solat Jumaat, solat tarawih dan solat lima waktu. Insya-Allah, kita doakan keadaan akan bertambah baik, tambahan pula banyak kawasan hijau Covid-19 di seluruh negara. – Katanya.

Diharapkan rakyat Malaysia terutama mereka yang beragama Islam dapat bersabar. Untuk agama lain, kerajaan turut sedang meneliti SOP yang tepat bagi memastikan rakyat dapat mengerjakan ibadah dalam keadaan selamat dan tenang.

IKLAN

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang rindu untuk ke Masjid dan Surau di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas