Connect with us

Oh! Media

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Didenda Kerana Nikah Tanpa Izin

Aeril2bzafrel2bdan2bwawa2bzainaljpg

Umum

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Didenda Kerana Nikah Tanpa Izin

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal
masing-masing didenda RM1,000 dan RM800 oleh Mahkamah Rendah Syariah
Daerah Petaling Subang Bestari atas tuduhan bernikah tanpa kebenaran dan
bersubahat dalam pernikahan mereka itu di Taman Datuk Harun, dua tahun
lalu.

Hakim Syarie Saharuddin Selamat membuat keputusan itu terhadap
pasangan berkenaan selepas mereka mengaku bersalah apabila pertuduhan
dibacakan jurubahasa mahkamah.

IKLAN

Mahkamah turut memerintahkan Aeril atau nama sebenarnya Suhairi
Sunari, 26, dan Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 22, dan Wawa
masing-masing menjalani hukuman penjara dua bulan dan 40 hari jika gagal
membayar denda.

Selain pasangan itu, bapa angkat Aeril, Wahab Raop, 71, turut didenda RM800 kerana bersubahat dalam pernikahan mereka.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas