Connect with us

Oh! Media

Adira Suhaimi Beri Peluang Kedua Kepada Datuk Red

Umum

Adira Suhaimi Beri Peluang Kedua Kepada Datuk Red

Korang ingat lagi tak kes Adira Suhaimi memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Datuk Red? Alhamdulillah, kini Adira dan Datuk Red sudahpun berbaik semula demi anak-anak.

ADVERTISEMENT

Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, apa sahaja boleh berlaku dan dalam jangka masa panjang saya berikan dia peluang sekali lagi. Harap dia gunakan peluang ini sebaik mungkin sebab kami sayangkan anak-anak kami. Saya yakin dengan pilihan saya dan tolong doakan yang terbaik untuk saya, suami dan anak-anak kami. Saya tak meletakkan sebarang syarat cuma selagi boleh bersabar saya akan bersabar. Saya pun sebagai manusia ada batasnya, harap jangan ‘cross over’! Buat masa sekarang saya nak fokuskan pada karier nyanyian saya dan kalau boleh tak mahu dikaitkan dengan apa-apa kontroversi lagi. Banyak benda yang saya belajar, antaranya walau apa berlaku anak-anak paling utama. Kita tak boleh membuat keputusan sendiri kerana ia tidak adil untuk anak-anak yang masih kecil.

Apa yang sis suka dengan Adira ni sebab dia akan fikir masa depan anak-anak dia yang lebih penting. Jadi, dia tak boleh terlalu ikutkan hati. Bagus dia ni, tak semua orang akan berfikiran seperti Adira tau.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas