Connect with us

Oh! Media

Adira Akui Nikah Di Thailand Selepas 3 Minggu Berkenalan Dengan Suami

Umum

Adira Akui Nikah Di Thailand Selepas 3 Minggu Berkenalan Dengan Suami

ADVERTISEMENT

Pasti masih ramai lagi terkejut dengan pengumuman pernikahan yang dibuat oleh penyanyi Adira Suhaimi.

Jika sebelum ini Adira mengakui menjadi isteri kedua kini sekali lagi beliau mendedahkan bahawa penikahannya dengan suami berlangsung di Songkla, Thailand hanya selepas beberapa minggu berkenalan.

“Kami mengambil keputusan bernikah selepas hanya tiga ming­gu berkenalan. Jadi, agak sukar bagi pihak saya dan suami untuk menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan di Malaysia, apatah lagi perkahwinan kami membabitkan poligami”

“Cara terbaik adalah berkahwin di negara jiran. Ya, saya kini sudah menjadi isteri orang dan status sebagai isteri ke­dua tidak memberi masalah kepada diri saya. Sekarang ini, setelah lebih tiga minggu berkahwin, saya ambil keputusan untuk umumkan cerita sebenarnya bahawa memang benar saya sudah berkahwin”

“Saya tidak kisah dengan apa juga tanggapan orang kerana apa yang penting perkahwinan kami ini mendapat restu daripada seluruh keluarga. Saya pilih untuk menunggu pihak satu lagi (suami) yang bersuara dahulu. Dan bila sudah dapat lampu hijau daripada suami, saya kongsi perkara ini dengan semua orang,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, Adira menafikan bahawa dia mengambil keputusan untuk berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa kerana kecewa setelah putus cinta dengan Sharul Nasrun.

“Saya tidak membuat keputusan untuk berkahwin dan menjadi isteri kedua kerana patah hati dengan apa yang berlaku sebelum ini. Soal putus tunang itu persoalan lain dan saya tidak lagi mengingatinya”

“Saya yakin ini jodoh yang sudah ditentukan dan saya terima dengan hati yang terbuka meskipun perkenalan dengan suami amat singkat sekali,” jelas Adira kepada Utusan Online.

OHMEDIA: APAPUN TAHNIAH KEPADA ADIRA. SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE SYURGA.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas