Connect with us

Oh! Media

Adam & Fiza Rujuk Kembali

Umum

Adam & Fiza Rujuk Kembali

Jodoh sememangnya rahsia Allah. Ikatan yang terlerai pun boleh bersambung kembali jika jodohnya masih kuat.

ADVERTISEMENT

Begitulah bagi dua pelakon Adam dan Fiza Elite yang bercerai selepas lebih kurang 6 bulan mendirikan rumahtangga.

Kini kasih mereka bertaut kembali apabila Adam dan Fiza mengesahkan bahawa mereka telah kembali rujuk pada Ramadhan lalu.

“Walaupun bercerai, kami tidak bermasam muka & masih terus berhubung. Ternyata cinta kami masih kuat. Setelah berfikir dan berbincang, kami ambil keputusan untuk rujuk semula pada bulan Ramadan yang berkat. Saya harap semua orang doakan yang terbaik,” ujar Adam.

Menurut Adam, perpisahan yanh lalu membuat mereka lebih banyak muhasabah diri dan mengkaji kesilapan diri masing – masing dan berusaha memperbaikinya.

Mereka juga turut merancang untuk mengerjakan umrah dan berharap bakal menimang cahayamata dengan segera.

“Fiza harap peminat doakan agar kami dapat rezeki anak secepat mungkin. InsyaAllah Fiza akan memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan masa lalu supaya rumah tangga kami pada masa akan datang menjadi lebih baik lagi,” kata Fiza dengan penuh harapan.

Pastinya berita ini mengembirakan semua peminat mereka berdua. Semoga ikatan kali ini kekal hingga ke akhir hayat.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas