Connect with us

Oh! Media

Ada Lintah Keluar Dari Pusat Awie? Biar Betul!?

Umum

Ada Lintah Keluar Dari Pusat Awie? Biar Betul!?

Ya gais! Awie diganggu penyakit misteri sampai dia ada busung tau. Cuba korang bayangkan ada tiga ekor lintah keluar dari pusat korang, geli tak? Haa macam tu lah Awie rasa sekarang. Sis kesian dekat Awie sebab dia menahan sakit dan dia terpaksa ulang alik ke Indonesia untuk berubat tau. Yang peliknya, doktor pun cakap dia tak ada sebarang penyakit pun.

ADVERTISEMENT

Saya sendiri pelik apabila tiba-tiba jatuh sakit selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada tahun lalu. Perut saya tiba-tiba membusung dan saya ada menjalani hospital kerana ia terlalu sakit. Pada masa itu, saya reda apabila doktor memberitahu saya disyaki menghidap kanser usus. Bagaimanapun selepas ujian klinikal kedua selepas sampel dihantar ke makmal perubatan di Melbourne, Australia, doktor kata tiada tanda kanser pada bahagian tersebut. Selain busung ada lagi perkara mistik berlaku dan itu yang menyebabkan saya mengambil keputusan bertemu beberapa pengamal perubatan di utara dan selatan tanah air termasuk Indonesia. Macam tak percaya kan? Tapi itulah yang berlaku. Saya pun tidak tahulah bila semua ini akan berakhir. Saya cuma berharap agar selepas ini saya kembali sihat dan tidak sakit lagi, kerana saya perlu bersedia untuk konsert solo tahun hadapan.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Wayang


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas