Connect with us

Oh! Media

Acapan Nafi Peluk Islam, Akui Masih Belum Bersedia

ohmedia acapan nafi peluk islamjpg

Umum

Acapan Nafi Peluk Islam, Akui Masih Belum Bersedia

Awal pagi tadi tersebar satu berita yang mendakwa pelakon Acapan telah memeluk agama Islam malah gambar serta video dakwaan tersebut turut viral di media sosial.

Namun, pelakon veteran itu telah tampil dan menafikan segala khabar angin yang tersebar malah menjelaskan bahawa dia memang berada di majlis berbuka puasa kerana memenuhi jemputan berbuka puasa dari beberapa kenalannya.

Menurut Acapan, walaupun dia mempunyai niat untuk memeluk agama Islam namun mengakui dirinya masih belum bersedia untuk ke arah itu.

IKLAN

“Saya belum bersedia memeluk Islam, tetapi sudah lama mendalami agama ini,” kata pelakon dan pelawak, Acapan, 58.

“Saya tahu, dalam perkara ini (memeluk Islam) perlu lahir daripada hati yang ikhlas. Saya tidak mahu masuk Islam kerana terpaksa.

“Saya akui niat untuk memeluk Islam itu sudah lama ada dan saya juga sudah mendalami ajaran Islam bertahun-tahun lamanya,” katanya.

“Saya akui mereka memang mengharapkan saya memeluk Islam, tetapi buat masa sekarang saya belum bersedia,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak tahu siapa yang menyebarkan gambar dan video berkenaan. Malah, Acapan juga turut membuat satu laporan polis bagi menafikan segala khabar angin yang tersebar.

+ Baca respon pembaca di Pages Oh! Media

Asingkan!


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas