Connect with us

Oh! Media

Abby Abadi Bidas Kenyataan Dr Mashitah Ibrahim

Umum

Abby Abadi Bidas Kenyataan Dr Mashitah Ibrahim

Baru-baru ini tersebar luas di media sosial video ucapan daripada Ketua Wanita UMNO Baling, Dr Mashitah Ibrahim mengenai fenomena artis menjadi pendakwah agama dan digelar Ustazah Ekspres.

ADVERTISEMENT

Menerusi video itu Dr Mashitah menegur golongan pendakwah yang menyampaikan ceramah dengan cara menyanyi dan melawak malah turut juga mengangkat golongan artis yang telah berhijah menjadi penceramah atau ustaz/ustazah.

Video itu mengundang kritikan daripada ramai pihak malah bekas pelakon Abby Abadi turut berasa kesal dengan kenyataan itu dan membidas kembali kenyaatan Dr Mashitah mengenai isu tersebut.

“Kesal bila beliau lebih risaukan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli. Jika berpendidikan agama beliau sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan artis yang semakin ramai”

“Saya selalu mengikuti majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan. Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui”

“Kalau kita tak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu hentikan usaha orang lain,” ujar Abby Abadi menerusi Harakah Daily.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas